BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)
BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)
BERKELAH memang seronok tapi hati-hati kalau BBQ, boleh meletup!
Berkelah dan beriadah di hujung minggu dan hari cuti sangat menyeronokkan kerana dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga tersayang.
Di samping beristirehat, bukan sahaja di tepi pantai, sungai atau tasik, kawasan air terjun juga menjadi pilihan bersantai.
Seakan menjadi aktiviti wajib ketika bersantai ialah barbeku (BBQ). Pelbagai makanan boleh dipanggang seperti ayam, kambing, daging, sosej, makanan laut dan sebagainya.
Bila makan ramai-ramai, barulah meriah dan berselera. Semuanya sedap, ditambah pula dengan perut yang berkeroncong selepas mandi-manda.
Namun lain pula yang terjadi kepada pasangan ini apabila tempat memasak yang sedang digunakan untuk membakar daging ketika berkelah meletup secara tiba-tiba.
Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok iaitu @huzaifahmiorbadri, kelihatan seorang perempuan dan lelaki sedang memasak di kawasan air terjun.
Pada awalnya, semuanya berada dalam keadaan terkawal dan kelihatan seronok bermain masak-masak.
NAMUN, TIDAK LAMA SELEPAS ITU TEMPAT MEMASAK YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBAKAR DAGING ITU MELETUP SECARA TIBA-TIBA MENYEBABKAN IA TERCAMPAK.
Letupan itu membuatkan mereka berdua terkejut apatah lagi dengan bunyi yang agak kuat.
Difahamkan insiden tersebut berlaku oleh kerana tekanan udara di bahagian bawah tempat memasak itu menyebabkan batu atau simen itu meletup.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya terkejut melihat keadaan sedemikian, daging dan arang yang ‘berterbangan’ di merata tempat gara-gara letupan berkenaan.
Ada juga di kalangan mereka yang berkongsi melalui pengalaman yang sama dan saling menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati.
Bukan itu sahaja, ada juga di kalangan netizen yang turut berkongsi pengalaman yang sama dan sempat menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati.
Ujar mereka;
“Saya pernah kena masa ramai-ramai buat bubur asyura habis berterabur lari bara api masuk baju tudung habi berlubang, parut masih ada sampai sekarang.”
“Atas batu takleh bakar, atas simen pun tak boleh… batu akan pecah. Dulu pernah bakar longgokan daun kering dalam longkang. Pecah batu simen dia.”
“Berlaku sebab perubahan perbezaan suhu kat dalam batu… batu yang panas akan mengambang dan yang sejuk akan mengecut.”
“Banyak kali ulang tengok apa yang meletup tu harap-harap depa tak cedera.”
“Sebab tu lah arwah nenek selalu marah kalau buat bakar-bakar atas batu atau simen, die cakap bukan setakat rosak batu tuh, tapi bahaya jugak ye.”
Sementara itu, ini aktiviti menarik lain boleh buat ketika berkelah;
1. Menikmati pemandangan
Pepatah mengatakan, jauh perjalanan luas pemandangan. Banyak perkara yang dapat dilihat apabila kita banyak merantau. Jika kawasan berkelah itu penuh dengan kehijauan, pastinya mendatangkan ketenangan jiwa dan minda serta menjadi tempat untuk mendapatkan ilham.
2. Mandi-manda
Bawa pakaian renang untuk mandi dan baju ‘spare’ untuk salin selepas mandi. Kalau perlu, bawa sekali pelampung dan goggle. Mandi-manda dan dapat berendam di dalam air memang seronok tetapi anda mestilah sentiasa berwaspada ketika mandi untuk mengelakkan risiko lemas. Jangan pergi ke tempat yang dalam kalau tak tahu berenang. Jika hujan turun, berhenti mandi-manda dan keluar dari air dengan kadar segera.
3. Tiup ‘Giant Bubbles’
Buih amat disukai oleh kanak-kanak terutamanya buih gergasi. Anda boleh bawa botol dan peniup buih dari rumah atau membelinya dari penjual di tempat anda berkelah. Aktiviti meniup buih gergasi amat sesuai dilakukan di tempat terbuka yang luas dan berangin seperti di tepi pantai dan tepi tasik untuk mengurangkan risiko kecederaan di mana kanak-kanak bebas berlari-lari mengejar buih yang berterbangan di udara sambil dipantau oleh ibu bapa.
4. Berkhemah
Pilih tapak yang sesuai dan strategik untuk mendirikan khemah jika anda mahu bermalam di tempat itu. Hayati suasana di sekitar anda bersama keluarga dalam keadaan santai. Anda juga boleh mengajak ahli keluarga duduk bersama sambil bercerita di sekeliling unggun api.
5. Gotong-royong
Selalunya tong sampah disediakan di tempat tumpuan pelancong untuk memudahkan pengunjung membuang sampah selepas berkelah. Kita bertanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata.
Baca juga Isteri bijak ‘bantu’ suami malu bawa bekal, tapau macam kedai
6. Memancing
Ada yang memancing untuk suka-suka dan ada pula yang memancing untuk membawa pulang hasil tangkapan segar atau dibuat BBQ. Memancing memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan tidak terburu-buru. Bawa joran, benang, mata kail, fishing reel dan umpan hidup seperti cacing dan katak atau umpan tiruan.
7. Jungle trekking
Biasan cahaya matahari di sebalik daun-daun pokok yang rimbun akan membuatkan anda terpegun seketika sambil menghirup udara yang nyaman. Sepanjang berjalan kaki di dalam hutan mengikut trek yang disediakan, anda berpeluang melihat pelbagai spesis flora yang unik.
8. Bergambar
Zaman moden ni kalau tak ambil gambar memang tak sah. Gambar dan detik-detik manis yang diambil boleh disimpan sebagai kenangan. Ada yang berkongsi dan memuatnaik gambar perkelahan bersama keluarga di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Tik Tok dan sebagainya.
Jadi, jika takut perkara sama iaitu BBQ meletup ketika berkelah, bolehlah lakukan aktiviti-aktiviti lain yang juga boleh memberikan keseronokan. SPlus
BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)
Baca Artikel Menarik:
- Adakah Dibenarkan Dalam Islam Bila Founder Produk Ghairah Buat Marketing Melampau?
- Fify Azmi dakwa pembantu peribadi songlap duit
- Dijerat perkhidmatan pelacuran online, pekerja kilang rugi RM11,300
- Gadis dilamar, hantaran RM90K, tanah, ‘showroom’ kereta
- Ramai kena tipu homestay tidak wujud
- Warga emas kantoi berkhalwat
- Polis siasat Sanusi berkaitan dokumen PasLeak
- PH yang mansuhkan bantuan kepada veteran – Najib
- MK nafi berkahwin dengan anak hartawan
- Kanak-kanak 2 tahun tertembak ayah sendiri
- Ramlah Ram terima gangguan seksual
- Afdlin Shauki lapor polis tentang proses pengundian PKR
- Selangor tanam jagung hanya helah nyahwarta kawasan hutan simpan – NGO
Layari Laman Facebook MYKMU.NET