Selangor tanam jagung hanya helah nyahwarta kawasan hutan simpan – NGO



Selangor tanam jagung hanya helah nyahwarta kawasan hutan simpan – NGO

Kumpulan penyokong Anwar Ibrahim, Otai Reformis menentang rancangan penanaman jagung di kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan oleh kerajaan Selangor susulan peningkatan harga bijirin import itu.

Setiausahanya, Abdul Razak Ismail turut mendakwa tindakan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan (PH) menjadikan kawasan itu sebagai ladang jagung sebagai “helah” untuk menyahwartakan status hutan simpan tersebut.

“Ini adalah helah kerajaan negeri untuk tujuan ‘menyahwartakan’ status hutan simpan tersebut dengan alasan keperluan kecemasan bagi menyediakan makanan ayam.

“Namun apabila tiada lagi keperluan setelah pasaran terbuka lebih murah, maka projek penanaman jagung ini akan diberhentikan dan seterusnya status tanah akan ditukar kepada status komersial untuk pembangunan bercampur,” katanya kepada FMT.




Kumpulan itu berkata, kerajaan negeri gagal dalam usahanya untuk membangunkan Hutan Simpan Kuala Langat Utara seluas 1,326 ekar (536 hektar) tahun lepas untuk pembangunan bercampur.

Katanya, ini merupakan percubaan kedua Selangor untuk membangunkan hutan simpan menggunakan alasan keperluan kecemasan.

Abdul Razak berkata, projek secara “ad-hoc” tanpa perancangan jangka panjang yang rapi itu bakal mengorbankan status hutan simpan tersebut.

“Sepatutnya kerajaan negeri menggunakan kawasan tanah lombong yang luas milik anak syarikat GLC di Bestari Jaya atau mengguna pakai tanah yang luas di kawasan Fruit Valley di Bestari Jaya, Ijok Kuala Selangor untuk projek penanaman jagung tersebut.

“Kami berasa curiga kenapa kerajaan negeri berkeras dengan penggunaan tanah hutan simpan juga yang menjadi pilihan.




“Kita juga dimaklumkan bahawa setakat 21 Januari 2022 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mempunyai bank tanah (land bank) seluas 2,417 hektar yang masih belum digunakan dan sewajarnya tanah itu digunakan untuk projek tanam jagung,” katanya.

Rancangan penanaman jagung itu juga turut dibantah kumpulan alam sekitar, Biodiversity, Environment, Agroecology, Climate Change and Habitat (BEACCH), kluser alam sekitar NGO Platform for Reform.

Pada 18 Mei lalu, Bernama melaporkan Selangor dan Negeri Sembilan menjalin kerjasama dalam mengusahakan penanaman jagung bijiran bagi mempertingkatkan bekalan makanan ayam negara.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, projek tanaman jagung bijirin di Kuala Langat Selatan dan Gemas itu dijangka mengurangkan kebergantungan bekalan import antara 2% hingga 3%.

Katanya, projek bernilai RM3 juta oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) itu dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini selepas kerja-kerja pembersihan tanah selesai. FMT




Selangor tanam jagung hanya helah nyahwarta kawasan hutan simpan – NGO


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik



Leave a Reply

Your email address will not be published.