Akmal Saleh : Orang muda tidak lagi sukar mendapat tempat

 

Akmal Saleh : Orang muda tidak lagi sukar mendapat tempat

Akmal Saleh : Orang muda tidak lagi sukar mendapat tempat

Ramai yang bertanya pada saya,selepas kalah pru 14 adakah UMNO benar2 berubah?

Jawapan saya UMNO tidaklah berubah secara 100% tetapi perubahan yang berlaku hari ni dalam UMNO adalah perubahan yang paling dinanti oleh kebanyakkan ahli2 di bawah dan rakyat malaysia khususnya..

Buktinya adalah cukup untuk saya berikan contoh diri saya sahaja sebagai bukti bahawa perubahan dalam UMNO itu berlaku.

Sebelum ini kita selalu dengar mengenai ramai orang2 muda sukar mendapat tempat di dalam UMNO,bukan setakat mendapat tempat menjadi calon,tetapi nak dapat tempat di peringkat cawangan juga menjadi satu masalah.

Saya bukanlah berasal dari keluarga ahli politik,malah tidak ada seorang pon dari keluarga saya pernah menjadi wakil rakyat dan memegang jawatan tinggi dalam UMNO,ayah saya hanyalah ahli biasa UMNO peringkat cawangan sahaja.

Dengan umur yang baru mencecah 34 tahun pada tahun ini,dan tidak mempunyai langsung latar belakang keluarga dalam bidang politik sudah tentu ia adalah sekadar mimpi untuk diangkat menjadi calon mewakili UMNO dan Barisan Nasional jika sebelum ini.

Tetapi sebaliknya berlaku pada hari ini,impian semua ahli UMNO untuk melihat UMNO berani melakukan perubahan itu akhirnya terjadi.Ada sesetengah parti atau pemimpin hanya memberikan peluang kepada individu tertentu sahaja dan jumlahnya amatlah terhad,tetapi UMNO hari ini telah memberikan peluang bukan pada saya seorang sahaja tetapi ramai lagi rakan2 yang sama seperti saya diberikan peluang oleh UMNO utk diangkat menjadi pemimpin contohnya kita boleh lihat di PRN melaka dan Johor.

Dr. Akmal Saleh kecewa dengan sikap Annuar Musa dalam Konvensyen BN

Iya saya mengaku UMNO ini tidaklah sempurna tetapi apa yang lebih penting kini UMNO benar2 “walk the talk” dan bukanlah hanya beretorik sahaja.

Perubahan itu bukannya mudah untuk dilakukan,kerana ia memerlukan keberanian yang hakiki dan kepada semua pemimpin tertinggi UMNO,terima kasih atas keberanian yang telah diberikan.Walaupun ramai warlord yang tidak selesa dengan perubahan yang berlaku dalam UMNO ini,dan diasak bertubi-tubi tetapi anda semua tetap istiqomah demi kebaikan parti kita semua.

Kita memang tidak sempurna tetapi yang paling penting kita berubah ke arah kesempurnaan..

Insyallah tanggungjawab yang diberikan ini akan kami laksanakan sebaik mungkin dengan seluruh jiwa raga kami.

YB Dr akmal saleh

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10160126352367904&id=778377903

Akmal Saleh : Orang muda tidak lagi sukar mendapat tempat


 

Baca Artikel Menarik:


 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker