Kontraktor tanggung semua kos



Kontraktor tanggung semua kos

Projek pembinaan membabitkan tiga lebuh raya baharu di Lembah Klang akan dilaksanakan tanpa membabitkan bantuan kerajaan, seperti projek terdahulu.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata krisis ekonomi yang mencabar ketika ini menyukarkan kerajaan untuk memberikan dana kepada pemegang konsesi.

“Kaedah yang kita laksanakan untuk lebuh raya baru, jika dibandingkan dengan keadaan lepas, sudah tidak sama.

“Untuk semua lebuh raya baru, tidak ada lagi bantuan kewangan dari kerajaan. Dulu, pengambilan tanah ditanggung sebahagiannya oleh kerajaan. Sekarang ini, tidak ada lagi ‘soft loan’, semua akan dibiayai oleh syarikat konsesi yang berminat untuk projek pembinaan ini,” katanya ketika berucap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) dan Majlis Rumah Terbuka Raya, di sini hari ini.




Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman dan Presiden PKBM, Datuk Azman Yusoff.

Pada bulan lalu, Fadillah dilaporkan berkata, tiga projek lebuh raya baharu di Lembah Klang mendapat kelulusan berprinsip iaitu projek Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD LINK), Putrajaya-Bangi Expressway (PBE) dan Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway (KL-NODE).

Katanya, projek berkenaan bertujuan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi penduduk ibu kota.

Fadillah berkata, dalam keadaan tiada peruntukan kewangan disalurkan, agak sukar untuk meletakkan sebarang syarat supaya dasar kerajaan dilaksanakan, termasuk 30 peratus agihan projek kepada kontraktor Bumiputera.

“Disebabkan seratus peratus kewangan daripada mereka, risiko ditanggung sendiri, sudah pasti mereka tak nak mendengar (jika kerajaan letakkan syarat tertentu).




“Sebab itu saya katakan, jika dapat himpunkan kontraktor yang berpengalaman dengan kemampuan dari segi teknikal dan kewangan yang kukuh, tubuhkanlah satu konsortium,” katanya.

Beliau berkata, konsortium berkenaan, boleh mengemuka cadangan kepada kerajaan untuk melaksana projek secara rundingan langsung, khususnya membabitkan projek kritikal seperti pembinaan sekolah dan jalan raya.

“Ini antara kaedah yang boleh dibuat untuk mendepani pelbagai cabaran semasa, khususnya bagaimana kita secara bersama mengurangkan bebanan dan mengukuhkan kedudukan Bumiputera dalam sektor pembinaan,” katanya. BH

Kontraktor tanggung semua kos


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15



Leave a Reply

Your email address will not be published.