Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’

Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’

Seremban: Majlis persandingan tiga beradik termasuk dua daripadanya kembar tidak seiras yang berlangsung serentak di sini, hari ini membawa kelainan tersendiri apabila semua pengantin perempuan hamil beberapa bulan.

Intan Sofienaz Ahmad Fuad, 32, hamil dua bulan, manakala dua adik iparnya, Anis Shahira Azmi, 32, dan Ismawita Isrul, 28, masing-masing hamil lima bulan serta tujuh bulan.



Intan Sofienaz disatukan dengan pasangannya Mohd Firdaus Mazlan, 40, pada 11 Mac 2021, sementara adik kembarnya Muhammad Nabiel, 28, bernikah dengan Anis Shahira pada 22 Februari 2021 dan Muhammad Najieb bersama Ismawita pada 8 November 2021.

Bapa pengantin, Ahmad Fuad Yahya, 60, berkata, majlis persandingan itu diadakan selepas tertangguh sejak tahun lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Covid-19.

“Nasib baik juga majlis itu tangguh kerana ketiga-tiga pengantin dijangkiti Covid-19. Selepas mencari dewan yang sesuai di sini, akhirnya keluarga bersetuju untuk mengadakan majlis persandingan serentak bagi ketiga-tiganya hari ini,” katanya.

Ahmad Fuad berkata, pada mulanya mereka tidak merancang untuk mengadakan majlis persandingan serentak memandangkan semua anaknya juga bernikah pada tarikh yang berbeza, tahun lalu.



“Namun alang-alang sudah jadi begini, kami sepakat buat sekali sahaja (majlis).. lebih senang kerana jemputan pihak kami pun orang yang sama, cuma tetamu pihak besan daripada tiga keluarga berbeza,” katanya.

Sementara itu, isteri Ahmad Fuad, Cik Rashidah Abd Ghani, 60, berkata, meskipun majlis persandingan tertangguh agak lama, namun keluarga tetap mahu menganjurkan keraian itu sebagai tanda kesyukuran.

“Intan anak sulung dan ketika ini sedang mengandung dua bulan. Nabiel dan Najieb pula pasangan kembar tidak seiras, mereka anak ketiga dan keempat.

“Isteri Nabiel hamil lima bulan manakala isteri Najieb sedang hamil tujuh bulan. Masing-masing sedang ‘membawa’ perut di atas pelamin,” katanya yang menyifatkan majlis itu juga sebagai sambutan Aidilfitri dan peluang untuk berjumpa saudara mara dan kenalan selepas dua tahun tidak menyambut lebaran.-HM



Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker