TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan mengapa pasukan itu meraikan kemenangan tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan seolah-olah memenangi perlawanan akhir.

Ia susulan barisan pemain dan pegawai pasukan itu dilihat berlari meraikan jaringan tunggal perlawanan yang diledak Fernando Forestieri pada masa kecederaan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin.



Menerusi satu komen yang ditinggalkan Tunku Ismail di laman Instagram rasmi kelabnya, beliau menjelaskan setiap kejayaan adalah bermakna, tidak kira membabitkan perlawanan besar atau kecil.

Malah, beliau yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menyatakan bahawa itu adalah mentaliti kemenangan yang disemai dalam pasukan itu dengan menganggap setiap perlawanan adalah penting bagi Harimau Selatan.

“Ramai yang cakap kenapa celebrate (meraikan) macam menang final? Takkan lawan N9 satu kosong aja? Ini jawapan saya. Dalam sukan ini/bolasepak, setiap kejayaan, kecil atau besar, semuanya bermakna.

“Tak kisah siapa pihak lawan, semuanya mustahak. Itulah ‘winning mentality’ yang sebenar. Takkan apabila lawan JDT sahaja 200 peratus dan lawan pasukan lain asal boleh.



“Itu bezanya mentaliti JDT yang saya tetapkan apabila saya membina kelab ini. Inilah sebabnya kami berada di mana kami berada pada hari ini. Setiap saat berada dalam kelab ini bermakna buat kami keluarga JDT,” tulisnya.

Jaringan kemenangan dan berkelas dunia yang diledak Forestieri pada minit ke-100 itu membawa JDT kembali ke puncak Liga Super apabila terlepas beberapa perlawanan sebelum ini kerana terbabit dengan aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Malah, selain menjadi pasukan tunggal yang masih belum tewas dalam Liga Super, kemenangan itu juga menyaksikan JDT menjadi pasukan yang meleburkan rekod tanpa kalah Negeri Sembilan dalam liga musim ini.

Harimau Selatan mengumpul 15 mata selepas memenangi semua lima perlawanan, satu mata di depan Negeri Sembilan di tangga kedua yang sudah beraksi tujuh perlawanan. BH



TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan



Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker