Bank Negara tidak iktiraf kripto, bitcoin atau ethereum

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mengiktiraf mata wang digital dalam sebarang transaksi kerana ia tidak selamat, malah berisiko tinggi untuk terdedah kepada pelbagai ancaman termasuk kecurian daripada aktiviti penggodaman.

Memberitahu Utusan Malaysia, jurucakap Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, aset digital seperti kripto, bitcoin atau ethereum tidak sesuai digunakan sebagai instrumen pembayaran kerana tidak menunjukkan ciri universal wang.

Menurutnya, aset digital terdedah kepada turun naik harga yang tidak menentu malah berisiko untuk ‘hilang’ sekelip mata akibat serangan siber.



“Ini boleh terjadi jika berlakunya serangan siber seperti penggodaman sehingga aset digital itu boleh diakses dan dicuri.

“BNM ingin menegaskan bahawa mata wang tersebut tidak diiktiraf serta tidak sah di Malaysia dan bukan instrumen pembayaran yang dikawal selia oleh kami,” katanya di sini semalam.

TREND MASA KINI

Dalam pada itu, pihaknya menyedari trend masa kini menunjukkan kebanyakan orang menyimpan mata wang kripto bagi tujuan pelaburan.

Walau bagaimanapun, ujarnya, ia tertakluk kepada penerbit yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) seperti diperuntukkan di bawah Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pe­netapan Sekuriti) (Mata Wang Digital dan Token Digital) 2019.



“Dalam hal ini, SC telah mengeluarkan peraturan bagi mengawal selia aktiviti dagangan aset digital melalui Bursa Aset Digital (Digital Asset Exchanges, DAX), aktiviti pengumpulan dana melalui Tawaran Awal Bursa (Initial Exchange Offering, IEO) serta Penjaga Aset Digital (Digital Asset Custodians, DAC).

“SC turut melaksanakan pelbagai inisiatif dari semasa ke semasa melalui program pendidikan pelabur yang berdaftar.

“Usaha ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat Malaysia tentang urus niaga dan pelaburan aset digital,” katanya.

Orang ramai dinasihati supaya merujuk senarai pelaburan yang berdaftar dengan SC dan berhati- hati dalam menilai risiko yang berkaitan semasa berurusan dalam aset digital.



Pada 3 Mac lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Yamani Hafez Musa menjelaskan mata wang kripto yang juga dikenali sebagai aset digital tidak diiktiraf sebagai mata wang yang sah diperlakukan di Malaysia.

“BNM belum memutuskan untuk mengeluarkan mata wang digital bank pusat (CBDC) dalam masa terdekat kerana di Malaysia sistem pembayaran domestik termasuk Platform Pembayaran Runcit Masa Nyata (Real-time Retail Payments Platform, RPP) terus beroperasi dengan selamat dan cekap,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan



Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker