PU Syed Sokong Usaha Janna Nick Bina Pusat Tahfiz Sambil Tegur Netizen [VIDEO]

PU Syed Sokong Usaha Janna Nick Bina Pusat Tahfiz Sambil Tegur Netizen [VIDEO]

NIAT baik pelakon Janna Nick untuk membina sebuah pusat tahfiz dan anak yatim mengundang pertikaian dalam kalangan netizen.

Mereka mempertikaikan sama ada boleh atau tidak Janna meneruskan niatnya itu dengan menggunakan duit hasil titik peluhnya sebagai anak seni.

Menjawab persoalan tersebut, pendakwah bebas PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, berkata bahawa manusia tidak berhak menilai tentang halal dan haram pendapatan seseorang.

Malah, PU Syed menyokong tindakan aktres itu dalam melakukan amal kebajikan sebegini.

“Pertamanya kita patut bersyukur golongan artis mula sedar untuk membuka tempat pengajian al-Quran. Nabi Muhammad SAW ada menyebut sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar dan mengajar al-Quran. Orang yang membina tempat juga termasuk dalam golongan tersebut.

“Asasnya dia buat kerana Allah dan bukan untuk mendapat nama. Dia juga membuka peluang kepada masyarakat untuk menyumbang dan mengumpul pahala.

“Bukan bidang kita untuk mempertikaikan hasil kerja dia. Niat dia hendak buat perkara itu sangat baik dan kita harus beri sokongan. Semoga niat tersebut akan mengubah hidup dia dan juga sahabat-sahabat yang lain,” katanya kepada mStar.

VIDEO DIBAWAH:-

Terdahulu, Janna, 27, berkongsi satu hantaran di laman Instagram miliknya bertanya pendapat orang ramai adakah duit hasil kerjanya selama ini adalah satu sumber yang haram.

Sebelum ini, Janna meluahkan hasrat untuk membina sebuah pusat tahfiz yang diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.

Melihat kepada komen-komen negatif terhadap usaha tersebut, PU Syed berharap agar netizen bertenang dan bersikap lebih matang.

“Kita kini hidup dalam masyarakat netizen yang mudah mengeluarkan fatwa tanpa ilmu. Orang hanya menilai daripada latar belakang seseorang itu dan boleh bercakap apa sahaja daripada sudut zahir.

“Mungkin perbuatan Janna ini untuk berhijrah dan dia sebagai seorang public figure boleh menarik ramai lagi orang untuk melakukan perbuatan yang sama.

“Kepada netizen… bawalah bertenang. Kalau benda buruk nak kecam, takkanlah perkara baik begini pun nak kecam juga.

“Kita kena berfikiran matang. Apa yang dia nak lakukan adalah perkara halal. Melahirkan orang-orang yang menghafal alQuran itu adalah besar ganjarannya,” jelasnya.-mSTAR

PU Syed Sokong Usaha Janna Nick Bina Pusat Tahfiz Sambil Tegur Netizen [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker