Bagi Anju peluang jadi ustazah ye..

Bagi Anju peluang jadi ustazah ye..

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie Lavocah mengakui dia memang sudah lama berhasrat melakonkan watak seorang ustazah, sekali gus keluar dari kepompong karakter antagonis yang sering disogok kepadanya selama ini.

Zarina atau mesra disapa Anju, 35, berkata dia berterima kasih kepada pengarah filem, Mawi kerana menawarkan watak itu buatnya dalam filem Zim Zim Ala Kazim yang memulakan penggambaran di Ipoh, dalam bulan ini.

“Alhamdulillah, hasrat saya nak melakonkan watak ustazah akhirnya tercapai juga. Memang dah lama pun saya nak berlakon watak sebegini (sebagai ustazah), tapi tidak pernah berpeluang.

“Selama ini, bertahun-tahun saya asyik berlakon watak sama sebagai jahat dan antagonis. Tapi, kali ini dalam Zim Zim Ala Kazim ia keluar daripada karekter yang biasa itu. Malah, saya sebenarnya berdebar juga nak berlakon dengan Datuk Ustaz Kazim Elias sendiri,” katanya.

Menurut Zarina, dia juga yakin dengan watak baharu sebagai ustazah itu pasti sedikit-sebanyak menarik perhatian penonton untuk menyaksikan filem Zim Zim Ala Kazim apabila ditayangkan nanti.

Berbicara juga kerjasama dengan Mawi, ibu tunggal seorang anak lelaki ini berkata sangat senang dan tak banyak remeh. Katanya, Mawi juga seorang yang sangat penyabar dan kuat agama.

“Pengalaman bekerja dengan Mawi dalam filem Hantu Kuat Ketawa sebelum ini banyak memberi pengalaman baharu kepada saya. Termasuk, dia (Mawi) sentiasa terbuka memberi nasihat berkaitan agama.

“Jadi, dengan sikap Mawi yang selesa juga bekerja dengan pelakon-pelakon sama membuatkan saya gembira dan berbesar hati untuk menerima watak ustazah ini. Saya yakin boleh melakonkannya dengan baik. Tengoklah nanti, macam mana Anju jadi ustazah,” katanya

Ujar Zarina lagi, walaupun babaknya tidak begitu banyak, tetapi menariknya filem Zim Zim Ala Kazim ini ialah dihasilkan daripada kisah sebenar yang pernah dilalui oleh Ustaz Kazim. Katanya, sudah tentu ia bukan filem biasa-biasa.

Selain Zarina dan Ustaz Kazim, barisan pelakon lain dalam filem Zim Zim Ala Kazim ialah Along Cham, Syanie Hisham, Danial Zaini, Sharif Kadir, Santesh dan ramai lagi.

Filem yang akan disiarkan di Astro First ini adalah karya ketiga arahan Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani yang dijangka menelan belanja pembikinan sebanyak RM500,000 dengan membabitkan lokasi utama di sekitar Perak. HM

Bagi Anju peluang jadi ustazah ye..


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker