Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock

Timbalan Pengerusi Mahasiswa Keadilan Malaysia, Dharshinee Suresh Kumar menggesa ahli jawatankuasa eksekutif pusat Muda, Dian Lee menjelaskan peranan Clear Water Development Sdn Bhd dalam Blumont Group Ltd, yang merupakan antara firma dalam kontroversi saham penny stock Singapura.

“Rakyat perlukan jawapan,” kata Dharshinee di Twitter.



Lee, anak taikun Lee Kim Yew, tidak didakwa atas sebarang pertuduhan jenayah.

Pada Khamis lalu, taikun Soh Chee Wen dan rakan kongsinya Quah Su-Ling disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Singapura atas kesalahan manipulasi pasaran dan terbabit dalam skim penipuan melibatkan saham Kumpulan Blumont, Asiasons Capital Ltd dan LionGold Corp Ltd.

Clear Water Development pada 2013 dikuasai oleh Lee, yang merupakan pemegang saham kedua terbesar di Blumont selepas Neo Kim Hock, menurut laporan The Edge.

Asiasons Capital dikawal oleh Mohamed Azlan Hashim dan Jared Lim, yang merupakan suami kepada Lee.



Lee kemudian menjelaskan bahawa dia dan Lim tidak pernah terlibat dalam kes itu, dan mengatakan pihak berkuasa Singapura tidak pernah menghubungi salah seorang daripada mereka untuk disoal siasat.

Dia mendakwa bahawa tuduhan yang dibuat terhadap mereka hanya mencemarkan siasatan pihak berkuasa Singapura dan keputusan yang dibuat oleh mahkamah tinggi republik itu.

Antara pemegang saham utama LionGold Corp ialah Md Wira Dani, anak kepada bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin.

Berikutan siasatan oleh Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura, tiada pertuduhan dikenakan terhadap pemegang saham.



Soh dan Quah, bagaimanapun, didapati bersalah atas 349 pertuduhan.

Mereka didakwa melakukan konspirasi dengan mengawal dan menggunakan 189 akaun dagangan milik 60 individu dan penama korporat (akaun terkawal).

Harga saham mereka akhirnya jatuh, melenyapkan nilai pasaran S$8 bilion dan kerugian kepada pelabur runcit. Mk

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…



Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker