Wanita berusia 121 tahun dipercayai tertua di dunia


Maria dilahirkan pada 16 Jun 1900 di kampung Bom Jesus da Lapa. – BMDTVOeste

SAO PAULO, BRAZIL – Pegawai-pegawai Brazil percaya bahawa mereka menemui manusia paling tua di dunia yang masih hidup selepas doktor merawat seorang warga emas berusia 121 tahun di kediamannya di Bela Vista, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Menurut laporan, sekumpulan pasukan perubatan ditugaskan untuk merawat Maria Gomes dos Reis yang kini tinggal bersama cucunya, Celia Gomes selepas semua anaknya meninggal dunia.

Berdasarkan rekod sijil kelahiran, wanita itu dilahirkan pada 16 Jun 1900 di kampung Bom Jesus da Lapa.

Celia berkata, neneknya merupakan seorang yang aktif  lapan tahun lalu dan masih mampu menyediakan makanan, membasuh pakaian serta menghadiri acara keramaian. Namun, dia kini  terlantar di katil dan perlu dijaga oleh ahli keluarga terdekat.



“Kami tahu bahawa nenek (Maria) mempunyai umur yang panjang. Namun, apabila mengetahui bahawa dia merupakan individu tertua di dunia, kami amat teruja,” kata Celia.

Selain Celia, cicit Maria, Vitoria Stefani dan Ivanilde Gomes turut bergilir-gilir membantu menguruskan keperluan hariannya.

“Nenek masih sedar mengenai banyak perkara. Dia bercakap dengan kami dan ada masanya, dia terlupa siapa dirinya,” kata Victoria.

Secara keseluruhan, Maria mempunyai 13 cicit dan enam piut (cucu kepada cucu).



Menurut Guinness World Records, individu tertua di dunia ialah seorang biarawati dari Perancis, Lucile Randon  yang kini berumur 118 tahun.

Dia menerima pengiktirafan tersebut selepas individu sebelumnya, Kane Tanaka dari Jepun, meninggal dunia pada usia 119 tahun, 19 April lalu. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita



Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker