Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Jertih: Penemuan kepingan duit syiling di permukaan tanah di sekitar kediaman rumah Azhar Nor, 56 yang mengidap penyakit misteri hingga memaksanya tinggal di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) sejak setahun lalu, menimbulkan tanda tanya.

Isterinya, Wan Zaidah Wan Bakar, 53, mendakwa kepingan duit syiling bernilai antara lima sen dan 20 sen ‘timbul’ di permukaan tanah kediaman mereka.



“Kira-kira 50 hingga 100 keping ditemukan sejak bermulanya Ramadan.

“Malah penyakit Cikgu Har (Azhar) semakin serius apabila tidak boleh memakai baju sejak awal Ramadan lagi,” katanya yang tinggal di Kampung Jerebu, Pasang Bual, Hulu Besut di sini.

Tambahnya, tiada makanan dan juadah disediakannya sempena Aidilfitri Isnin lalu sebaliknya hanya membeli biskut, kuih dan minuman untuk dihidangkan kepada tetamu.

Sementara itu, Azhar berkata dia terkilan kerana sudah dua kali tidak dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid dan hanya mendengar takbir raya menggunakan set fon kepala (headphone).



“Saya terpaksa menunaikan solat sunat Aidilfitri seorang diri di atas MPV.

“Isteri juga tidak dapat bersama penduduk kampung menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid kerana terpaksa menjaga saya,” katanya.

Di tanya mengapa tidak memakai baju baharu sempena sambutan Aidilfitri, Azhar berkata, tubuhnya akan bertukar menjadi panas luar biasa apabila memakai baju.

Azhar turut mengakui dirinya akan tenang apabila berada di atas MPV walaupun beberapa kali mencuba naik ke atas rumah, termasuk pada malam sambutan Aidilfitri.



Terdahulu, Azhar dan Wan Zaidah di santuni Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) negeri, Datuk Razali Idris bersama Ketua Pegawai Eksekutif Ketengah Holding Sdn Bhd (KHSB), Mohd Zaid Sulaiman.

Azhar yang juga seorang guru menghidap penyakit misteri sehingga menyebabkannya berubah sikap menjadi seorang yang panas baran dan pelupa apabila naik ke atas rumah mereka, sejak hampir setahun lalu.
HM

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula



Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker