Isham lapor polis terhadap Sanusi esok

Isham lapor polis terhadap Sanusi esok

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil akan membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor kerana fitnah jenayah.

Dalam kenyataan di Facebook Isham berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan jenayah terhadap Sanusi mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan.

“Esok saya akan buat laporan polis supaya polis boleh mula siasat pertuduhan jenayah ke atas kamu di bawah Seksyen 499 Akta 574 Kanun Keseksaan iaitu fitnah jenayah (criminal defamation) yang membawa hukuman penjara dua tahun.

“Sekiranya kamu terlepas daripada tuduhan jenayah di atas, saya akan mulakan saman sivil ke atas kamu pula,” katanya.

Laporan polis akan dibuat itu susulan kenyataan Sanusi, pengarah pilihan raya PAS, yang enggan melayan tuntutan maaf daripada Isham sambil menyatakan beliau sebagai “anak seluang”, berhubung penularan dokumen “PASLeaks”.

Terdahulu, Isham memberi tempoh 48 jam kepada menteri besar Kedah itu memohon maaf selepas mendakwa dikaitkan dengan penulisan dokumen kontroversi berkenaan atau mungkin berdepan tindakan saman.

Isham berkata, dia tidak mempunyai masalah sekiranya Sanusi mahu menggelar dan memanggilnya dengan apa pun gelaran.

“Selama ini pun kamu atau kawan-kawan kamu telah panggil orang lain dengan pelbagai nama termasuklah nama binatang dan sebagainya.

“Saya telah beri peluang kepada kamu untuk meminta maaf, tetapi kamu ego.

“Oleh itu, saya akan teruskan tindakan ke atas kamu supaya menjadi contoh teladan kepada orang lain agar jangan memfitnah orang,” katanya. FMT

Isham lapor polis terhadap Sanusi esok


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui

JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker