LHDN kongsi 5 tip pastikan pengisytiharan cukai tepat

LHDN kongsi 5 tip pastikan pengisytiharan cukai tepat

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Rabu berkongsi lima persoalan dan tindakan yang perlu dilakukan oleh individu bagi memastikan pengisytiharan cukai yang dibuat tepat dan betul berdasarkan undang-undang percukaian.

Menerusi sebuah artikel, LHDN berkata, musim pengisytiharan pendapatan penggajian Tahun Taksiran 2021 akan tamat pada 30 April ini bagi yang mengemukakan borang secara manual manakala menerusi e-Filing adalah pada 15 Mei 2022.



Menurutnya, bagi sesetengah individu, bulan ini amat dinantikan kerana berkemungkinan mereka akan menerima bayaran balik cukai sekiranya ia dibayar lebih rendah daripada amaun Potongan Cukai Bulanan atau Ansuran CP500.

Bagaimanapun, LHDN berkata, di sebalik perkara itu, ada dalam kalangan pembayar cukai yang suka melaporkannya di saat-saat akhir.

“Ia seterusnya mendorong kepada kesilapan-kesilapan kecil dalam pelaporan cukai mereka. Lanjutan kepada perkara itu, tindakan pindaan taksiran perlu dilakukan,” katanya.

LHDN menambah, masalah tersalah lapor itu boleh dielakkan sekiranya pembayar cukai menyemak dengan teliti maklumat yang telah dikunci masuk beserta resit-resit berkaitan sebelum borang BE dihantar.



Katanya, pembayar cukai turut dinasihatkan agar cakna dengan maklumat terkini percukaian yang boleh diakses di portal rasmi HASiL www.hasil.gov.my atau boleh merujuk artikel-artikel yang pernah diterbitkan sebelum ini. K Online

LHDN kongsi 5 tip pastikan pengisytiharan cukai tepat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan



Janna Nick Gatal Raya pula (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker