Bapa cekik rakan sekelas anak



Bapa cekik rakan sekelas anak

Seorang murid dicekik bapa rakan sekelasnya di sebuah sekolah rendah di Kuala Terengganu semalam.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 1 tengah hari, ketika mangsa berusia sembilan tahun berada di luar pagar sekolah.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Abdul Rahim Md Din berkata, mangsa dikatakan menampar rakan sekelasnya itu yang kemudian mengadu kepada bapanya (suspek) ketika menjemputnya.

Katanya, sebelum itu, berlaku perselisihan faham antara mangsa dan rakannya ketika bermain di luar kawasan sekolah.




“Kejadian itu menyebabkan suspek bertindak agresif dengan mencekik mangsa dan menjatuhkan murid itu ke tanah sehingga menyebabkan dia mengalami luka kecil di kepala dipercayai akibat terkena batu.

“Susulan kejadian itu, pihak sekolah menghubungi bapa mangsa sebelum laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. HM

Bapa cekik rakan sekelas anak





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’



Leave a Reply

Your email address will not be published.