GV10: Peluang kedua peserta hotseats

GV10: Peluang kedua peserta hotseats

Gegar Vaganza (GV) All Stars sekali menampilkan kejutan dengan pengumuman enam peserta hotseats yang bakal bersaing merebut kejuaraan bersama 10 juara program realiti tersebut.

Mereka ialah Tomok, Suki, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim yang sekali gus melengkapkan 16 peserta GV All Stars tahun ini.



Menyanyikan lagu Kata (nyanyian asal Hazami), Tomok yang muncul dengan suit putih memberikan persembahan bertenaga mendapat tepukan gemuruh peminat yang hadir.

Sementara Nikki dan Suki yang masing-masing menyanyikan lagu Bertakhta Di Hati (Faradhiya) serta Hanya Di Mercu (Ayu Damit) juga ibarat diberi peluang kedua untuk kembali merampas kejuaraan program realiti paling popular masa kini.

Kehadiran Ezad yang sebelum ini merangkul tempat ketiga ketika musim kedua mengejutkan ramai peminat yang teruja dia tampil menyanyikan lagu Kembali Terjalin (nyanyian asal Slam)

Mendapat sorakan paling gemuruh, tempat ketiga musim kelima, Zamani tampil memberi cabaran dengan persembahan lagu nyanyian asal Exists, Langkah Seiringan.



Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Kemunculan Liza membawakan lagu Allahyarham Siti Sarah Raissuddin melengkapkan penampilan enam peserta hotseats GV musim ini.

Enam peserta tersebut yang masing-masing mendapat undian tertinggi bakal memberi saingan kepada 10 juara Gegar Vaganza bermula musim pertama hingga sembilan.



Sepuluh juara berentap sama ialah juara GV musim pertama, Ayai Ilusi, Siti Nordiana (musim kedua), Azharina (musim ketiga), Naqiu dan Hardy Miza (musim keempat).

Turut bertanding ialah Noryn Aziz (musim kelima), Datuk Aishah (musim keenam), Cliff Umar (musim ketujuh), Aliff Aziz (musim kelapan) dan Jaclyn Victor (musim kesembilan).

All Stars Gegar Vaganza masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus daripada barisan juri profesional.

Barisan juri tetap terdiri daripada maestro muzik, Datuk Ramli MS; penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.



Konsert mingguan All Stars Gegar Vaganza akan mula bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 12 minggu setiap Ahad, jam 9 malam bermula 24 September ini menerusi saluran Astro Ria.

Juara All Stars Gegar Vaganza akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 serta hadiah sampingan. Utusan

GV10: Peluang kedua peserta hotseats

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku



Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker