Nak Cabar Siapa Sebenarnya? – Ustazah Asma


Nak Cabar Siapa Sebenarnya? – Ustazah Asma

Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang memaparkan usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri bersama penyanyi, Baby Shima yang bergelek untuk MV terbaharu mereka, Baby Sayang. Walaubagaimanapun sedutan MV yang dimuatnaik oleh Alif Syukri sebelum ini mendapat kecaman yang teruk oleh netizen sehingga dia bertindak untuk memadam segala hantaran di Instagram miliknya.

“Mereka Nak Cabar Siapa Sebenarnya?”

Pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun menerusi hantaran di Instagram turut mempersoalkan tindakan usahawan terkenal yang dikatakan semakin berani melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah SWT.

“Di negara kita pula sedang tular klip video dua artis yang dalam proses mengeluarkan muzik video mereka. Rata-rata mengatakan pakaian dan tarian dalam video tersebut seperti pelakon lucah.

Kedua-dua isu ini pernah ditegur oleh ramai pihak berkali-kali, namun kita lihat golongan seperti ini semakin berani melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Mereka nak cabar siapa sebenarnya?-Tulis Ustazah Asma

Pelbagai Reaksi Netizen

“Harap pihak JAKIM buat kerja lah. Jangan double standard dengan golongan berduit ni.”

“Ya Allah..beri hidayah pada golongan yang kosong jiwanya.”

“Lagi ditegur lagi pelik perangainya terlalu biadap.”

“Makin lama makin pelik-pelik isu sekarang.”

Doa yang baik-baik sahaja lah ya. Semoga mereka yang terlibat diberi hidayah. Mr

Nak Cabar Siapa Sebenarnya? – Ustazah Asma


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah

Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker