Misai harimau kena cabut, Perhilitan lapor polis

Misai harimau kena cabut, Perhilitan lapor polis

IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) membuat laporan polis berhubung tindakan beberapa individu mencabut misai harimau belang yang ditemui mati dipercayai dilanggar treler di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran hentian sebelah Gua Tempurung pada pagi semalam.

Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata laporan oleh pihaknya dilakukan di Balai Polis Kampung Simee di sini petang semalam.

“Tindakan itu adalah kesalahan mengikut Seksyen 68 (c) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022.

“Mereka yang memiliki atau menyimpan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya termasuk terbitannya seperti kuku, tulang, kulit, misai, tanpa kebenaran jika sabit kesalahan hendaklah didenda tidak kurang RM150,000 dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata karkas harimau jantan berusia anggaran lapan ke 10 tahun itu selesai dibedah siasat di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Sungkai (NWRC) semalam dan siasatan lanjut masih dilakukan pihaknya.

“Semasa saya membuat pemeriksaan, hanya misai yang hilang manakala kuku, gigi, taring dan lain-lain masih ada pada harimau itu,” katanya.

Yusoff mengingatkan orang ramai supaya tidak bertindak mencuri sebarang anggota milik harimau belang sekiranya menemui bangkai haiwan itu bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan tegas.

Semalam media melaporkan, seekor harimau belang jantan ditemukan mati di tepi pembahagi jalan berdekatan lebuhraya terbabit.

Harimau belang itu juga dipercayai adalah binatang yang dilaporkan menyerang ternakan dan menimbulkan kegusaran penduduk sekitar Kampar sebelum ini.

Turut tular video berdurasi kira-kira 24 saat menunjukkan beberapa lelaki bertindak mencabut misai harimau belang berkenaan beberapa kali. FMT

Misai harimau kena cabut, Perhilitan lapor polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa

Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras

Bersatu sudah jadi Berpecah

Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker