Remaja bantu kejar pencuri tapi dibelasah polis



Remaja bantu kejar pencuri tapi dibelasah polis

PALU: Niat seorang remaja lelaki untuk membantu seorang mangsa kemalangan yang barangannya dicuri bertukar tragedi apabila dia pula yang dibelasah polis kerana menyangka dia adalah penjenayah yang terlibat.

Dalam kejadian yang berlaku pada 28 November lalu, remaja itu yang dikenali sebagai MP menunggang motosikal untuk menonton perlawanan bola di suatu tempat dan ketika berhenti lampu merah, berlaku satu kemalangan melibatkan seorang lagi penunggang motosikal.

Orang ramai mula mengerumuni kawasan tersebut dan ada seorang lelaki tiba-tiba merampas beg serta telefon bimbit mangsa kemalangan itu, menyebabkan MP segera mengejar pencuri tersebut.

Namun, usahanya gagal dan MP kembali ke lampu merah tersebut untuk meneruskan perjalanannya menonton bola sepak.




Ketika itu, MP tiba-tiba dicekik dari belakang oleh seorang anggota polis yang menjerit memanggilnya pencuri sebelum dipukul oleh dua lagi anggota polis.

Ketiga-tiga polis itu hanya berhenti memukul remaja tersebut selepas mangsa kemalangan memaklumkan dia bukanlah pencuri sebenar.

Selepas kejadian itu, video remaja itu dipukul menjadi tular dan ibunya membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Palu, Bayu Indra Wiguno mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya sudah memohon maaf kepada keluarga mangsa dan tiga anggotanya yang terlibat bakal disiasat serta dikenakan tindakan tata tertib. Utusan

Remaja bantu kejar pencuri tapi dibelasah polis





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021

Tolak cinta, kereta dibakar [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.