Sikap Pas akan memenangkan UMNO

Sikap Pas akan memenangkan UMNO

TINGKAH laku politik Pas sejak bersetuju menyertai Perikatan Nasional (PN) telah menarik penurunan saham sokongan orang Melayu.

Sebabnya orang Melayu lebih reda Pas bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai kedua parti itu pada 14 September 2019.



Ajakan jujur UMNO kepada Pas ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka supaya parti itu bertanding atas logo sendiri tidak diendahkan, menyebabkan penyokongnya terkilan dengan keputusan itu.

Di sini, menampakkan UMNO lebih jujur dan betul dalam permuafakatan.

Tindakan pemimpin Pas cuba memenang dan membetulkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berbanding dengan UMNO juga menyebabkan pemimpinnya dilihat bersifat tikam belakang terhadap kawan.

Sedangkan, pemimpin UMNO dilihat masih memiliki rasa hormat kepada Pas.



Sejak pemimpin Pas masuk Putrajaya, orang Melayu mula rasa mual dan hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti itu.

Sebelum ini, di pentas ceramah mereka meletakkan segala kesalahan kepada kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional (BN).

Contohnya, menyalahkan kerajaan pusat atas masalah air dan kononnya kerajaan pusat menganaktirikan Kelantan. Sekarang, pemimpin Pas dilantik sebagai menteri jaga air (Menteri Alam Sekitar dan Air).

Mengkritik pakaian pramugari AirAsia konon tidak menutup aurat. Tetapi, sekarang pemimpin Pas dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Agama, Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).



Namun, semuanya hilang ditelan angin, seolah tidak pernah ada teguran, laungan dan kritikan daripada pemimpin Pas.

Selain itu, sikap Pas yang selalu gagal dalam berhubungan dengan mana-mana parti juga menjadi igauan kepada rakyat.

Sejarah Pas pernah dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Alternatif (BA), Pakatan Rakyat (PR), MN dan sekarang PN.

Parti Pas juga paling kerap bergabung dan paling banyak gagal dalam gabungan, menyebabkan defisit keyakinan kepada rakyat semakin menurun terhadap parti itu. MG



Sikap Pas akan memenangkan UMNO


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen



Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker