Mahathir dedahkan Tony Pua angkuh, berlagak macam menteri

Sebaran :

Dr Mahathir Mohamad hari ini menganggap Tony Pua sebagai angkuh dan berlagak seperti seorang menteri semasa ahli parlimen Damansara berkhidmat sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng.

Lim ketika itu merupakan menteri kewangan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam sidang media secara maya menjelang pelancaran memoir barunya, Mahathir berkata, ahli perniagaan menolah pentadbiran PH sebelum ini berpunca daripada sikap sedemikian.

“Lim berpendapat kerajaan Najib Razak menyeleweng dan dia patut membatalkan semua kontrak yang dicapai dengan kerajaan terdahulu.



“Tapi apabila anda buat begitu, anda menjejaskan kontraktor, dan sesiapa saja yang mendapat kerja berkenaan termasuk pada pekerja, pembekal dan syarikat-syarikat sokongan.

“Justeru kita tidak boleh buat begitu saja kepada kontraktor atau mengurangkan kontak secara paksa.

“Sebagai setiausaha politik, anda sepatutnya memberikan laporan mengenai politik negara, bukan ke sana ke sini melaksanakan dasar kerajaan,” katanya.

Tambah Mahathir beberapa ahli perniagaan telah mengadu kepadanya mengenai sikap “angkuh” Pua.



“Saya hanya memetik satu contoh (dalam buku baru itu), ada ahli perniagaan lain – (termasuk) seorang Cina – memberitahu saya bahawa dia (Pua) sangat angkug. Itu (angkuh) perkataan yang mereka gunakan… dia berkelakuan seolah-olah menteri,” katanya.

Mengakui dia lebih memihak kepada ahli perniagaan kerana faktor kekayaan dan peluang pekerjaan yang dibawa pelabur, Mahathir berkata, seseorang setiausaha politik tidak sepatutnya mengancam komuniti perniagaan.

“Disebabkan orang ini, ramai ahli perniagaan menentang kerajaan kerana mereka menganggap kerajaan tidak bersimpati kepada mereka,” katanya.

Mahathir dedahkan Tony Pua angkuh, berlagak macam menteri



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *