Patutlah saya telefon tak jawab, rupanya awak dah meninggal

Patutlah saya telefon tak jawab, rupanya awak dah meninggal

Hati mana tidak tersentak apabila orang tersayang yang gagal dihubungi sejak beberapa hari rupanya telah meninggal dunia.

Kejadian menyayat hati itu berlaku ke atas seorang wanita dikenali Eyka apabila bakal tunangnya yang tidak sedarkan diri selepas perlawanan badminton kemudiannya meninggal dunia dipercayai akibat Covid-19.



Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok @babysayangawak, salah seorang ahli keluarga teman lelaki Eyka telah menelefonnya untuk memaklumkan khabar duka tersebut.

Dalam perbualan itu, ahli keluarga memaklumkan bahawa teman lelaki Eyka dikenali sebagai Ipit telah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan badminton.

“Ipit dah tiada, dia telah meninggal dunia selepas bermain badminton. Tetapi jenazah masih lagi kat hospital kerana kami masih tunggu keputusan ujian swab dari pihak hospital.

“Kalau awak nak datang melawat arwah sempat lagi sebab keputusan ujian swab tu akan keluar dalam tempoh 72 jam,” kata seorang wanita dipercayai kakak Ipit.



Dalam perbualan itu juga, wanita berkenaan memaklumkan bahawa Ipit telah memberitahu keluarganya untuk masuk meminang Eyka.

Pada masa sama, dalam klip video berkenaan, kelihatan Eyka yang berasal dari Kelantan sempat melawat keluarga dan kubur bakal tunangnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna turut berkongsi rasa sedih dengan kejadian yang menimpa wanita terbabit.

“Tabahlah dik, ujian berat buat kamu, tapi Allah lebih menyayangi Ipit kamu, salam takziah dik,” tulis Hana Johari.



Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ayu Farisya.

“Semoga adik tabah, bukan semua orang mampu menahan ujian berat ini. Saya doakan adik bertemu jodoh sebaik Ipit nanti,” ujarnya. K Online

Patutlah saya telefon tak jawab, rupanya awak dah meninggal


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker