Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
Gara-gara meninggalkan sepotong ayat dalam ruangan komen Instagram penyerang pasukan bola sepak Kuala Lumpur (KL) City FC, Safee Sali, penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira dikecam penyokong fanatik Johor Darul Ta’zim (JDT).
Bagaimanapun, kecaman tersebut yang tidak berbaloi apabila ternyata, apa yang dimaksudkan oleh Shahira atau mesra disapa sebagai Shiera bukanlah seperti dakwaam segelintir penyokong kelab bola sepak popular itu.
TANGKAP layar komen-komen peminat JDT terhadap Sharifah Shahira.
Jelas Shiera, Mail yang dimaksudkan menerusi satu usikannya dalam ruangan komen Safee, bukanlah merujuk kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan pemilik kelab bola sepak JDT.
Sebaliknya, komen yang ditinggalkan merujuk kepada rakan baik suaminya yang juga penjaga gol JDT, Farizal Marlias.
“Saya tak tahu dan tak maksudkan ‘Mail’ seperti mereka dakwa iaitu anak raja.
“Mail yang saya maksudkan ialah Farizal Marlias yang merupakan penjaga gol JDT. Saya pun tak faham kenapa saya kena maki dengan netizen sedangkan Mail memang rapat dengan suami saya, Ijoy.
“Ramai kawan Ijoy pemain bola sepak JDT dan pasukan lain dan mereka selalu main golf sama-sama. Bahkan, sebelum perlawanan antara KL City dan JDT tempoh hari, Mail ada menghubungi suami saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.
Tidak mahu mudah melatah dengan kecaman netizen, Shiera memaklumkan, dia sudah masak dengan perangai mereka namun kesabarannnya seperti tercabar apabila cemuhan dan segala cacian dihemburkan terhadapnya tanpa usul periksa yang menyeluruh.
“Netizen ada yang bijak dan pada masa sama, ada juga yang kurang bijak sesuka hati mencaci dan memaki hamun kononnya mereka semua betul.
“Yang saya tak puas hati sampai kata rezeki saya selepas ini sebagai penyampai radio tertutup dan berkubur disebabkan isu yang mereka sendiri pandai-pandai menyampuk dan akhirnya, mereka sendiri yang salah.
“Ada yang sampai cerca dan caci tak berpuas puas di akaun Instagram peribadi saya, mereka pergi ke akaun rasmi Suria FM. Ugut saya supaya diberhentikan kerja,” kata Shiera lagi.
Sekadar informasi, Shiera, 47, mendirikan rumah tangga dengan Ijoy Azhari atau nama sebenarnya, Zulkifli Azahari pada 28 Februari 2003. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Airell, Airra dan Auddra.
Terdahulu, Shiera dikecam segelintir penyokong fanatik JDT selepas meninggalkan komen berbunyi ‘janganlahlah begitu. Nanti kesian Mail. Patut dia yang peluk (piala) itu’ pada sekeping foto yang dimuat naik Safee dalam Instagram.
Foto berkenaan menyaksikan Safee sedang memeluk piala yang dimenangi kelab KL City iaitu Piala Malaysia.
KL City FC merangkul kejuaraan di TM Piala Malaysia 2021 edisi Ke-100 selepas menundukkan pasukan pilihan JDT 2-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu. K Online
Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
Baca Artikel Menarik :
- Tempat Viral Tengok Kapal Terbang Ditutup
- Lelaki beli Lamborghini, Rolex guna dana bantuan Covid-19
- Nadia Brian tak tolak kalau dah jodoh
- JDT kalah bagus sebagai wake up call – TMJ
- Dakwa adik dipukul di kem, hubungi saya segera – Hishammuddin
- 445 pelajar berhenti sekolah untuk kahwin
- 7 Beautiful Gems In Malaysia You Confirm Wanna Bookmark For Your Next Trip
- Air banjir jernih seperti kolam (Video)
- Suami cekup isteri bersekedudukan bersama lelaki lain
- Pantun sindir JDT Sanusi curi tumpuan
- Mengapa Manusia Selepas Adam Diciptakan Dari Air Mani Dan Bukan Tanah
Layari Laman Facebook MYKMU
‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah