Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan

Status kerjasama antara Umno dan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) terletak pada 191 bahagian Umno, kata setiausaha agung parti itu Ahmad Maslan.

Ahmad berkata, perkara itu akan dibincangkan bahagian Umno dalam Perhimpunan Agung Umno yang dijadual bermula 18 Disember ini.

Dia berkata pada masa ini, Umno berpegang kepada keputusan yang dibuat dalam perhimpunang agung yang lalu agar MN diperkuatkan, walaupun setelah PAS memutuskan untuk bekerjasama dengan Bersatu dalam PRN Melaka.



“Selagi belum ada Perhimpunan Agung Umno, kerjasama ini tidak boleh diubah.

“Oleh itu, saya berharap 191 bahagian Umno yang bersidang kelak dapat membuat keputusan terbaik terhadap MN untuk parti menghadapi PRU15,” katanya seperti dipetik Sinar Harian hari ini.

Mesyuarat di peringkat bahagian akan melantik perwakilan untuk ke perhimpunan agung tahunan – badan membuat keputusan tertinggi dalam Umno – pada 13 Januari tahun depan.

Pada PRN Melaka bulan lalu, rundingan antara Umno dan PAS menemui jalan buntu dan PAS akhirnya memilih untuk bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).



Calon dua parti itu juga bertembung antara satu sama lain di tujuh kerusi – yang semuanya dimenangi Umno.

Susulan itu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan terus bersama-sama PN dan pada masa sama cuba menyatukan Umno, PAS dan Bersatu.

Hadi berkata MN tidak lengkap tanpa Bersatu.

Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amanah tolak cadangan gabung dengan PKR



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker