445 pelajar berhenti sekolah untuk kahwin

Sebaran :

445 pelajar berhenti sekolah untuk kahwin

Seramai 445 pelajar sekolah di seluruh negara dikesan tidak menamatkan sesi persekolahan atas alasan ingin berkahwin bagi tempoh 2020 hingga kini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.

Berdasarkan data Kementerian Pendidikan, Idris berkata seramai 411 orang adalah pelajar perempuan manakala baki 34 orang adalah pelajar lelaki.

Antara negeri mencatatkan kes tinggi adalah Sarawak dengan 183 kes diikuti Sabah (86), Kelantan (43), Pahang (38), Terengganu dan Perak masing-masing 21 kes.



Ia diikuti Kedah (17), Selangor (12), Johor (10), Perlis dan Pulau Pinang (empat), Negeri Sembilan (tiga), Melaka (dua), dan Labuan (satu).

Beliau menjawab pertanyaan Fuziah Salleh (PH-Kuantan) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah pelajar berhenti sekolah untuk berkahwin ketika pandemik.

“Semua permohonan perkahwinan bawah umur bagi orang Islam dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah.

“Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri juga menetapkan bahawa mana-mana pemohon di bawah umur minimum yang hendak berkahwin hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Hakim Syarie terlebih dahulu,” kata Idris dalam jawapan dimuat naik di laman sesawang Parlimen.



Manakala, katanya, bagi orang bukan Islam, pendaftaran perkahwinan dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara selaras dengan peruntukan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164].

Bagaimanapun, Idris berkata, akta ini tidak terpakai bagi seseorang anak Negeri Sabah, Sarawak atau individu orang Asli di Semenanjung yang perkahwinan dan perceraiannya tertakluk kepada undang-undang adat anak negeri atau adat orang Asli melainkan jika mereka memilih untuk berkahwin di bawah akta ini. FMT

445 pelajar berhenti sekolah untuk kahwin


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?

Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *