Puas Fitnah 1MDB, Akhirnya Guan Eng Akui Projek 1MDB TRX Menguntungkan

Oleh Nurul Aisyah

BUKTI sahih dan nyata Pakatan Harapan(PH) bersama Mahathir, Muhyiddin dan lain-lain lagi memang kaki fitnah muncul satu demi satu.

Seluruh rakyat Malaysia menyaksikan adengan fitnah bersiri terhadap Datuk Seri Najib dengan manipulasi isu 1MDB.Setelah puas memfitnah dan menipu rakyat, Lim Guan Eng di Parlimen pada penghujung 2019 mengakui tanah Tun Razak Exchange (TRX) telah dijual oleh Tabung Haji (TH) pada harga premium RM400 juta. Beliau pernah menyatakan beberapa kali bahawa projek TRX bernilai RM40 bilion itu menguntungkan dan kerajaan akan meraih untung biarpun selepas mengambilkira kos dan faedah pinjaman bagi projek tersebut.



Untuk makluman, anggaran RM5 bilion daripada hutang RM32b 1MDB telah dibelanjakan untuk projek TRX. Kerajaan hanya memberikan RM1 juta sebagai modal permulaan kepada 1MDB.1MDB kemudiannya meminjam jumlah selebihnya. Oleh itu, tanah bagi TRX yang terletak di bahagian lama bandaraya dijual oleh kerajaan kepada 1MDB pada harga murah.

Ia bukanlah tanah kosong tetapi sudah didiami oleh kedai, bangunan, pangsapuri dan juga pasar Imbi selama berpuluh tahun. Harga jualan itu sendiri tidak menceritakan sepenuhnya di mana sebahagian daripada syarat penjualan itu adalah TRX perlu membiayai pemindahan dan pampasan kepada penghuni di kawasan itu.

Ia adalah satu proses yang perlahan dan mahal.

Contohnya, Kompleks Bersepadu Komersil Pudu (ICC) dibiayai dan dibina oleh 1MDB sebagai ganti kepada pasar Imbi. Ia dibuka pada April 2016. 1MDB juga diberitahu bahawa kerajaan tidak akan membiayai pembangunan infrastruktur bagi TRX. Lokasi tanah TRX ialah kawasan yang sesak di bandaraya Kuala Lumpur.



Oleh itu 1MDB perlu membiayai dan membina infrastruktur bernilai RM3.5 bilion yang turut mencakupi beberapa terowong bawah tanah bagi menghubungkan TRX dengan lebuhraya berhampiran. Di bawah TRX, wujudnya banyak terowong-terowong yang menghubungkannya ke jalan-jalan utama Kuala Lumpur. Kesemua ini menokok tambah kepada kos tanah yang dibeli 1MDB.

Satu lagi propaganda pada masa itu ialah mengenai bangunan Exchange 106 kononnya dimiliki sepenuhnya oleh syarikat asing dan bukan oleh Malaysia. Ini tidak benar. Kerajaan memiliki 51% daripada Exchange 106 ini.

1MDB juga memiliki 40% daripada pembangunan LifeStyle Quarter di TRX. Syarikat hartanah terbesar Australia, Land Lease yang memiliki baki 60%. Pembangunan LifeStyle Quarter ini merangkumi sebuah hotel mewah, enam menara kediaman dan sebuah premis peruncitan serta sebuah taman. Projek-projek bawah LifeStyle Quarter ini telah mendapat sambutan baik dan hampir kesemua unit telahpun dijual ataupun disewa pada ketika ini.

Sebelum PRU14, syarikat seperti HSBC, CCCC, Prudential, Affin Bank dan banyak syarikat lain telah membeli tanah daripada 1MDB dan membina ibupejabat rantau mereka di tanah berkenaan. Terdapat banyak lagi tanah kosong menanti untuk dibangunkan di TRX dan dimiliki oleh 1MDB. Bagaimanapun, salah satu lot tanah itu dijual kepada Tabung Haji pada harga RM188.5 juta atau pada harga RM2,773 sekaki persegi. Lanjutan dari pembelian Tabung Haji itu, pembeli lain telah membayar RM3,500 sekaki persegi, malah ada yang membayar lebih dari RM4,000 sekaki persegi.



Pada masa itu, Tabung Haji diserang bertalu-talu oleh PH dengan mendakwa 1MDB telah merompak Tabung Haji. PH memfitnah kononnya TH dipaksa beli untuk ‘bail-out’ 1MDB yang bertanggungjawab membangunkan TRX dan bakal merugikan pendeposit TH.

Berkali-kali pentadbiran TH waktu itu menerangkan bahawa pembelian itu adalah suatu yang menguntungkan jangka panjang TH kerana jangkaan keuntungan yang bakal diperolehi daripada pelaburan hartanah TRX amat memberangsangkan. Apatah lagi TRX bakal menjadi mercu tanda pusat kewangan Islam antarabangsa dengan nilai hartanah di tengah-tengah ‘segitiga emas’ Kuala Lumpur akan melonjak berkali-kali ganda.

Hasrat Datuk Seri Najib Tun Razak juga pada waktu itu tidak mahu hartanah amat berharga di tengah-tengah Kuala Lumpur jatuh semuanya ke tangan bukan Islam-Bumiputera.

Dengan pemilikan itu juga, TH yang mewakili 100% pendeposit Islam bukan sahaja menguasai sebahagian hartanah berharga TRX bahkan hasil pulangan daripada sewaan dan pembangunannya kelak boleh dikongsi dalam bentuk dividen Hibah yang lumayan kepada pendeposit dan mampu meneruskan agenda menampung kos operasi Haji termasuk peruntukan subsidi untuk Jemaah Haji yang kian meningkat.



Sayangnya selepas menakluki Putrajaya, Menteri Agama sendiri YB Mujahid tidak berupaya mempertahankan aset bernilai ini daripada dijual dan hanya mementingkan keuntungan jangka pendek yang dilaporkan mencecah RM210 juta.

Sedangkan Lim Guan Eng sendiri pada Februari 2019, tanpa rasa malu dan bersalah, dengan bangga mengumumkan kepada rakyat bahawa tanah TRX adalah aset paling berharga Kerajaan Malaysia dengan nilaian ditaksirkan sudah mencecah RM40 bilion.

Nilai aset ini kepada kerajaan bakal meningkat dan bernilai lebih tinggi pada masa akan datang. Ini belum lagi mengambil kira hasil cukai yang diperolehi daripada fasa projek pembinaan dan hasil cukai daripada pekerja dan syarikat yang beroperasi di TRX ini kelak.

Rupa-rupanya 1MDB inilah penyelamat ekonomi negara. Bayangkan betapa jahatnya PH bersama Mahathir dan Muhyiddin berusaha menghancurkan ekonomi Malaysia.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker