Shahidan merungut tak dijemput turun ke padang

Sebaran :

Shahidan merungut tak dijemput turun ke padang

Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim merungut dia tidak dipanggil turun ke padang semasa perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi.

“Semalam saya hadir perlawanan bola sepak KL City lawan JDT. KL City champion (juara). Tahniah.

“Pengacara tidak jemput saya turun ke padang. Pengacara juga tidak sebut nama saya… SOKAY,” katanya di Facebook.



Meskipun begitu, Shahidan tetap menjanjikan “hadiah” buat para pemain yang berjaya mengakhiri kemarau panjang 32 tahun bagi skuad ibu kota menjuarai trofi tersebut.

“Pemain-pemain Kl City akan dapat hadiah nanti. Saya akan jemput mereka tidak lama lagi.

“Semalam saya hadir dengan penyokong-penyokong dari seluruh negara saya bawa,” katanya dalam hantaran berasingan.

KL City FC bimbingan Bojan Hodak menjulang Piala Malaysia tahun ini selepas berjaya menundukkan JDT 2-0, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalahnya sepanjang kempen Piala Malaysia edisi ini.



Kali terakhir Kuala Lumpur mengungguli piala paling berprestij di Malaysia itu ialah pada 1989.

Semalam, rakan menteri, Annuar Musa yang juga penasihat KL City FC, sempat turut menjulang piala itu di padang bagi meraikan kemenangan tersebut bersama skuad. Mk

Shahidan merungut tak dijemput turun ke padang


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *