Sejak zaman abah kau harga barang naik, cecah paras tertinggi



Sejak zaman abah kau harga barang naik, cecah paras tertinggi

Najib Razak membidas kenyataan Pemuda Bersatu yang mencetuskan persoalan jika kenaikan barangan dipengaruhi oleh kemenangan BN pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada 20 November lalu dan mengaitkannya dengan perkataan ‘BN’ yang membawa maksud ‘Barang Naik’.

“Nak memperbodohkan rakyat lagi ke?

“Harga barang dah lama naik mendadak sebelum PRN Melaka dan sebelum Ismail Sabri jadi PM.

“Sejak zaman ‘Abah Kau’ (Muhyiddin Yassin) pun. Kerap cecah paras tertinggi,” katanya dalam satu hantara di Facebook.




Menurut Najib, Indeks Harga Pengeluar mengukur kadar perubahan kos pengeluaran tempatan bagi barang-barang dan lazimnya, kenaikan itu ataupun kos pengeluaran akan membawa kepada kenaikan harga barang-barang bagi pengguna beberapa bulan kemudian.

“Indeks harga penegeluar sudah naik mendadak sejak bulan Januari 2021.

“Sebab itu, saya telah memberi amaran sejak bulan Jun 2021 lalu bahawa inflasi akan menjadi masalah yang semakin besar pada bulan-bulan mendatang sebab saya tengok kadar kenaikan Indeks Harga Pengeluar yang semakin naik mendadak akibat dasar-dasar kerajaan PN yang kurang bijak serta situasi lockdown pandemik,” katanya,

Malah, Najib berkata, Bank Negara semasa kerajaan PN pada akhir bulan Mac 2021 juga telah memberitahu bahawa kadar inflasi akan cecah 5 peratus tidak lama lagi.

“Jadi, saya tak faham kenapa geng PN sedang menggunakan kenaikan harga barang ketika ini sebagai propaganda utama untuk menyerang kerajaan hari ini dan untuk serang BN.




“Cuba beritahu kami, apakah perubahan dasar utama kerajaan bahawa PM9 selepas kerajaaan gagal PN tumbang yang bawa kepada kenaikan harga barang hari ini?” katanya.

Menurunya, sedangkan hampir semua menteri-menteri yang menjaga dasar-dasar berhubung dasar kewangan, ekonomi, perdagangan antarabangsa, pertanian dan perladangan yang berkait dengan kenaikan harga barang dan khususnya bahan makanan juga adalah dari parti Bersatu-PN.

‘Jadi, kenapa pula kenaikan harga barang sekarang tiba-tiba adalah salah PM9, salah Najib atau salah Umno dan salah BN menang PRN Melaka?” soalnya lagi. Mk

Sejak zaman abah kau harga barang naik, cecah paras tertinggi


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU</a


Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke



Leave a Reply

Your email address will not be published.