Empat beranak rosakkan kereta ditangkap (Video)

Empat beranak rosakkan kereta ditangkap (Video)

KUALA LANGAT – Tindakan empat beranak dipercayai mengugut seorang wanita selain merosakkan kenderaan dengan rotan kayu membawa padah apabila ditahan di rumah mereka di Kampung Tumbuk Darat Tanjong Sepat, baru-baru ini.

Kesemua suspek terdiri daripada pasangan suami isteri dan dua anak perempuan berusia 21 hingga 49 tahun diberkas pukul 9 malam, Khamis lalu.



Penahanan mereka susulan video Tik Tok berdurasi 19 saat atas nama “mokcik cun” dan tular sehingga mendapat 22,800 tanda suka dan 901 perkongsian yang dilakukan mangsa sendiri merupakan seorang wanita berusia 41 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca salah faham dengan tindakan mangsa yang merupakan suri rumah meletakkan status ‘Boikot anti vaksin terutama peniaga satey’ di media sosial Tik Tok sehingga menjadi tular.

Katanya, wanita itu pernah pergi ke rumah salah seorang suspek untuk memujuk supaya mengambil suntikan vaksin bagi ibu mentua mereka.

“Namun, mereka menolak pujukan itu dan suspek yang tersinggung dengan status dimuat naik di media sosial bertindak menyerang mangsa bersama ahli keluarga lain.



“Ksemua suspek yang menaiki kereta jenis Proton Preve telah menahan kenderaan dinaiki mangsa sebelum seorang daripada suspek memukul dan memecahkan kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, perbuatan suspek menyebabkan mangsa berasa takut dan terancam sehingga anak lelaki mangsa berusia lima tahun menangis ketakutan.

Ujar Ahmad Ridhwan, mangsa dan anaknya yang berada dalam kereta mereka bagaimanapun tiada mengalami sebarang kecederaan.

“Manakala kereta mangsa kemek di bahagian bonet hadapan, belakang dan sebelah pemandu namun cermin tidak pecah sepenuhnya,” katanya.



Jelas beliau, sepanjang insiden itu mangsa kemudiannya telah membuat Tik Tok dengan nama “mokcik cun” menggunakan telefon bimbit dan telah viralkan insiden tersebut.

“Kita telah merampas sebatang kayu rotan yang digunakan ketika kejadian dan kesemua mereka direman empat hari sehingga esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 atau 427 Kanun Keseksaan,” katanya. K Online

Empat beranak rosakkan kereta ditangkap (Video)




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker