Seronok Penyanyi Dangdut Amelina Diam-Diam Naik Pelamin, Peminat Siap Ucap Tahniah [VIDEO]

Seronok Penyanyi Dangdut Amelina Diam-Diam Naik Pelamin, Peminat Siap Ucap Tahniah [VIDEO]

GARA-GARA perkongsian video seorang jurumekap yang memperlihatkan penyanyi dangdut Amelina berbaju pengantin menimbulkan tanda tanya peminat.

Menerusi akaun TikTok @hahaksado dengan kapsyen ‘selamat pengantin baru, akhirnya dah kahwin penyanyi dangdut Malaysia kita’, Amelina disangka mengikut jejak aktres Jasmin Hamid yang sudah menamatkan zaman janda.

VIDEO DIBAWAH:-

[videopress SIWcg22f]

Perkongsian itu juga menerima ucapan tahniah, malah ada juga yang meminta pengesahan tentang berita gembira itu.

“Tahniah selamat pengantin baru semoga berbahagia hingga ke Jannah. Betul ke kak long dah kahwin? Tahniah Kak long selamat pengantin baru.

Seronoknya kak Lina dah kahwin semoga berbahagia kak Lina,” antara respon dan reaksi netizen.

Bagaimanapun, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 47, yang dihubungi mStar memberitahu foto yang diambil itu hanya untuk penggambaran drama

“Foto tu sebenarnya masa saya dalam set penggambaran drama Akad Ibu Sejadah Rindu, saya pun tak tahu macam mana lah benda tu boleh viral.

“Kalau betul kahwin saya akan buat grand… tak ada la pelamin macam itu,” katanya.

Bercakap soal jodoh, Amelina berkata, dia tidak menolak sebarang kemungkinan sekiranya ada rezeki dan calon yang sesuai untuk dijadikan suami.

Tambah ibu tunggal kepada enam orang anak ini, dia pernah beberapa kali cuba untuk mengenali seseorang namun masih trauma dengan kegagalan
rumah tangga dahulu.

“Saya pun menunggu jodoh daripada langit. Entah kalau orang tanya saya pasal jodoh saya dah mencuba berkali-kali.

“Tapi pertama mungkin orang bosan dengan saya sebab busy dan jenis ambil mudah dalam perhubungan,” ujarnya

“Tak tahu dalam usia macam ni, saya ibu tunggal dan independence. Saya kena cari orang yang betul-betul sayang dan support sebab saya bukan orang muda.

“Kehidupan rumah tangga saya penuh dengan penderitaan dan trauma, saya tak ada pengalaman yang berbunga-bunga atau bintang-bintang.

Kehidupan saya sangat perit!

“Saya tak pernah rasa momen macam dalam drama tu yela sebab perkahwinan akak terdahulu kat luar negara. Aku tak kira nak naik pelamin juga kalau ada jodoh InsyaAllah,” ujarnya.

Amelina mendirikan rumah tangga dengan Reduan Mahamood 26 April 1999 di Songkhla, Thailand, namun bercerai pada 29 Jun 2016.

Perkahwinannya dengan Reduan dikurniakan enam anak iaitu Puteri Nur’ Athirah, 20; Putera Al’ Affiq, 19; Putera Al’ Asyraff, 18; Puteri Nur’ Asyurah, 16;
Putera Al’ Arffa, 14; dan Putera Al’ Amzar, 12.-mSTAR

Seronok Penyanyi Dangdut Amelina Diam-Diam Naik Pelamin, Peminat Siap Ucap Tahniah [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA

Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker