Tiada kerjasama UMNO-BERSATU – Rauf

Sebaran :

Tiada kerjasama UMNO-BERSATU – Rauf

UMNO negeri tidak akan berkompromi dengan cadangan pihak tertentu yang mahu menggabungkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) dalam pembentukan kerajaan negeri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata, pihaknya sama sekali tidak akan membabitkan ADUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub dan ADUN Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof dalam membentuk kerajaan negeri diterajui Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, langkah itu sejajar dengan pendirian UMNO untuk tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diputuskan menerusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun lalu.



“Kita tidak akan bekerjasama dengan mana-mana wakil BERSATU dalam membentuk kerajaan negeri seperti yang diputuskan pada PAU tahun lalu.

“Mana-mana cadangan untuk menggabungkan mereka (dua ADUN berkenaan) tidak akan diterima dan kita tetap dengan pendirian tidak bekerjasama dengan BERSATU,” katanya ketika dihubungi tadi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu lalu, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan dengan dua dimenangi PN manakala selebihnya Pakatan Harapan (PH).

Sehubungan itu, terdapat cadangan pihak tertentu supaya dua ADUN PN terbabit bersama BN membentuk kerajaan negeri seperti dilakukan di peringkat Pusat.



Bagaimanapun Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan membincangkan perkara itu di peringkat pucuk kepemimpinan BN sebelum diputuskan dengan mengambil kira senario parti itu yang bertanding secara solo dalam PRN lalu.

Kelmarin, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, dilaporkan berkata, tiada keperluan untuk dua ADUN baharu daripada PN itu dilantik sebagai Ahli EXCO Melaka kerana BN mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi iaitu melebihi dua pertiga. HM

Tiada kerjasama UMNO-BERSATU – Rauf


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100


Sebaran :

Leave a Reply