Diintai 4 lelaki, bukti Maya Karin masih laku

Diintai 4 lelaki, bukti Maya Karin masih laku

Masih meletakkan kepercayaan kepada institusi perkahwinan, pelakon jelita, Maya Karin, 42, mengaku dirinya kini sedang mengenali dan didekati oleh beberapa jejaka dalam hidupnya.

Menurut Maya, dia tidak menolak bahawa ada antara mereka yang boleh dijadikan calon suami namun masih terlalu awal untuk membicarakan hal itu.

“Buat masa ini, tak dinafikan, adalah tiga empat orang calon lelaki tempatan yang sedang saya kenal-kenal termasuk seorang jejaka dari Australia.

“Tetapi, untuk ketika ini, rasanya saya lebih selesa untuk menumpukan perhatian kepada kerja dahulu.

“Lagipun, ada teater dan beberapa karya seni yang sedang saya fokus dan itu menjadi keutamaan pada waktu ini,”katanya.

Maya berkata demikian ketika menyertai sesi IG Live bersama penggiat seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem (FINAS) yang bersiaran semalam.

Sesi itu diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember depan.

Selain itu, Maya yang juga merupakan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) sebanyak dua kali itu juga sempat berkongsi mengenai kisah mengenai rasa bimbang melampau (anxiety disorder) yang dihadapiya.

Kongsi Maya, disebabkan perasaannya itu, dia gagal mendapatkan dua watak dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang dan filem Crazy Rich Asian.

“Masa itu untuk kedua-dua sesi ujibakat itu memang saya gagal lakukan yang terbaik disebabkan anxiety. Tangan saya menggigil dan jadi berpeluh.

“Tetapi itu selepas lapan tahun, saya kini sudah boleh mengawal anxiety tersebut selepas mendapatkan nasihat daripada doktor,” katanya.

Untuk rekod, sebelum ini, Maya pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki Itali, Muhammad Ali Abdullah atau nama sebenarnya Steven David Shorthose.

Namun perhubungan itu tidak bertahan lama dan kedua-duanya membuat keputusan untuk berpisah dengan talak satu pada tahun 2010. Utusan

Diintai 4 lelaki, bukti Maya Karin masih laku


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gelagat Mak Nubhan Masuk Butik Mewah Buat Ramai Terhibur (Video)

Pas nak lawan UMNO atau PH, tanya Asyraf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker