Pas nak lawan UMNO atau PH, tanya Asyraf

Sebaran :

Pas nak lawan UMNO atau PH, tanya Asyraf

Jika PAS menerima tawaranuntuk bersama Umno pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu, parti itu akan menang di tiga kerusi, kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Malah katanya, ini termasuk kerusi DUN Bukit Katil yang dari awal ditawarkan Umno kepada PAS bagi mengalahkan calon Amanah.

“Jika PAS terima pelawaan Umno tempoh hari, sudah tentu PAS akan punya wakil di tiga DUN dengan mudah termasuk DUN Bukit Katil yang sejak dari awal ditawarkan Umno bagi mengalahkan musuh tradisi mereka Amanah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.



Dia berkata berkata demikian sebagai mengulas laporan berita berhubung kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari.

Dalam laporan tersebut anggota Parlimen Pasir Mas itu dipetik sebagai berkata PN merampas dua kerusi DUN yang dimenangi BN dan DAP sebelum ini, serta berada di tempat kedua di beberapa kerusi majoriti Melayu.

Katanya, PAS hampir merampas kerusi DUN Serkam dengan majoriti tipis 79 undi serta mencatatkan pertambahan undi di semua kawasan ditandingi kecuali Duyong, di sebalik penurunan mendadak peratusan keluar mengundi.

“Ini adalah petanda awal kemampuan PAS dan PN di kubu kuat BN di Melaka, yang tidak boleh dipandang enteng oleh semua parti,” katanya seperti dilaporkan Utusan Online.



Sementara itu Asyraf berkata, Ahmad Fadhli tidak sepatutnya perlu bernada angkuh untuk mengugat kubu kuat BN atau tidak.

“Lagipun bukankah PAS berulang kali sebut nak lawan DAP-PH? Kenyataan sebegini buat kita jadi keliru, musuh PAS ni siapa sebenarnya?” soalnya. Mk

Pas nak lawan UMNO atau PH, tanya Asyraf


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin


Sebaran :

Leave a Reply