PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin

Sebaran :

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin

JOHOR BAHRU – Kekalahan teruk Perikatan Nasional (PN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu seumpama kifarah di atas tindakan sombong Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sering mengugut untuk menarik sokongan ke atas kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, diminta muhasabah diri dengan menghentikan budaya politik mengugut untuk menarik sokongan ke atas kerajaan diterajui BN kerana keputusan PRN Melaka jelas menunjukkan sikap beliau mengugut selama ini memakan dirinya sendiri.

“Muhyiddin kena cepat insaf. Kekalahan teruk PN dan Bersatu di Melaka seumpama kifarah di atas tindakan sombong beliau yang mengamalkan budaya politik ugutan selama ini.



“Beliau tidak seharusnya memberi tekanan politik kepada kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kepentingan politik sendiri.

Beliau selalu memberi tekanan dan cuba mengawal kerajaan pimpinan Ismail Sabri dengan membuat ugutan untuk menarik balik sokongan. Bukan di peringkat pusat sahaja, malah di Johor sebelum ini Muhyiddin ugut mahu tarik sokongan.

Jadi, nasihat saya hentikan budaya tak elok ini,” katanya.

Tambah Nur Jazlan,sekiranya Muhyiddin enggan menghentikan sikap negatif itu, beliau mencadangkan Ahli Parlimen Pagoh tersebut menarik terus sokongan kepada kerajaan supaya Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan segera.



“Kalau Muhyiddin masih nak main’ ugut-ugut’, lebih baik beliau tarik terus sokongan kepada kerajaan. Sinar

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700



Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *