Peniaga ‘naik hantu’, parking depan kedai tapi singgah kedai lain

JAKARTA: Seorang lelaki menzahirkan rasa sedih dan kesal terhadap sikap seorang peniaga yang menyimbah air ke motosikalnya.

Kejadian itu bermula selepas lelaki itu meletakkan motosikalnya di depan kedai bunga tersebut, namun dia tidak membeli bunga di kedai itu.

Sebaliknya, dia membeli bunga di kedai sebelah.

Menerusi video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok, lelaki itu menunjukkan motosikalnya basah disimbah air oleh pemilik kedai berkenaan.

“Ini tempat letak kenderaan awam, bukannya milik tuan kedai itu. Jadi, kenapa dia perlu marah say parkir di sini?

“Mahu marah saya tidak beli bunga di kedainya? Itukan pilihan pengguna, adat perniagaan ada untung ruginya,” ungkap lelaki tersebut dalam video berkenaan.

Katanya, jika marah sekali pun, hal itu tidak seharusnya berlaku.

“Saya terpaksa beli tisu untuk mengelap motosikal yang basah,” ujarnya.

Video lelaki itu mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Ada yang menyokongnya, malah ada yang membela pemilik kedai bunga berkenaan.

‘Etika perlu dijaga, letak kenderaan di mana, beli di mana,’ tulis seorang pengguna TikTok.

Seorang lagi pengguna menulis ‘saya juga pasti tersinggung jika hal itu berlaku di hadapan saya kerana menyangkakan orang ingin beli barang kita, rupanya singgah di kedai lain,’.

Peniaga ‘naik hantu’, parking depan kedai tapi singgah kedai lain


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton X70 milik pegawai kastam musnah angkara khianat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker