Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir
Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik
Hari ini kecoh di sidang Dewan Rakyat mengenai Najib Razak yang memohon kediaman bernilai RM100 juta dari kerajaan.
Mahathir, Rayer dan beberapa ahli parlimen lain dari blok pembangkang berkokok minta penjelasan dari Tengku Zafrul.
Tak perlu Tengku Zafrul jawab, ni ha boosku jawab sendiri. Sila hadam.
Dari FB Najib Razak
Dia sendiri yang pinda Akta semasa dia PM4.
Office saya cuma mohon diberi kediaman selepas PRU14 seperti dalam akta dipinda dia.
Kerajaan beri 3 bidang tanah untuk pilih maka saya pilih satu.
Tanah kerajaan dekat Dewan Bahasa dan Pustaka sebab keluarga saya rasa lokasi itu paling sesuai bagi mereka.
Bukan sudah diluluskan kerajaan hari ini pun.
Bukan saya minta hadiah RM100 juta dari kerajaan tetapi kediaman seperti diberi kepada kesemua bekas-bekas Perdana Menteri.
Nilai RM100 juta itu diberi portal pro-PN MalaysiaNow dan cerita dikeluarkan sempena PRN Melaka walaupun permohonan saya dibuat pada tahun 2018 selepas PRU14.
Bukan kita tak tahu kenapa.
Malah pejabat bekas perdana Menteri saya cuma satu banglo disewa di Bukit Pantai.
Bukan kompleks besar macam perdana leadership foundation Mahathir.
Anak-anak saya pun bukan bilionaire macam anak-anak dia.
Lalu, dia tanya apa jasa saya sebagai PM?
Tak ada apa-apa pun jasa saya.
Cuma:
1. Menyelamatkan ekonomi negara daripada The Great Global Recession tahun 2008 hingga 2010.
2. Kadar pertumbuhan ekonomi antara paling tinggi dirantau ASEAN sepanjang tempoh saya PM.
3. Jumlah nilai pelaburan asing paling tinggi dalam sejarah dan antara paling tinggi antara negara-negara jiran semasa saya PM.
4. Aset negara naik RM1.2 trilion dari RM800 bilion ke RM2 trilion dari tahun 2008 ke 2017 masa saya PM.
Mahathir sendiri yang mengaku ini pada awal tahun 2020 walaupun banyak kali dia tipu bahawa negara sudah bankrap bawah Najib.
“Dr M: Malaysia can tap RM2 trillion savings to further stimulate economy”
https://www.theedgemarkets.com/article/dr-m-malaysia-can-tap-rm2-trillion-savings-further-stimulate-economy
5. Aset bersih Petronas naik 4 kali ganda dari RM114.4 bilion pada tahun 2008 ke RM432.8 bilion pada akhir tahun 2017 sebab saya guna 1MDB untuk menyelesaikan masalah perjanjian IPP berat sebelah yang merugikan negara sebanyak RM15 bilion setahun ketinggalan Mahathir.
Lalu jatuh RM51.8 bilion dari RM432.8 bilion ke RM381 bilion pada akhir tahun 2020 lepas sebab kerajaan PH kamu dan PN banyak menjarah Petronas sehingga ianya diturun penarafan untuk 3 tahun berturut-turut.
6. Nilai aset bersih Khazanah Nasional naik hampir 4 kali ganda dari RM33.7 bilion pada akhir tahun 2008 ke RM116.1 bilion pada akhir tahun 2017 sebelum PRU14
Lalu jatuh ke RMR1.6 bilion pada akhir tahun 2019 dan seterusnya ke RM81.9 bilion pada tahun 2020.
Kejatuhan RM34.2 bilion bawah PH dan PN sebab dorang banyak jual aset negara.
7. Indeks Bursa Malaysia naik dari 800 point ke hampir 1,900 point sebelum PRU14 yang menjadikan pasaran saham kita antara paling lama dalam trend menaik ataupun World;s longest bull-run market.
8. Selamatkan Proton yang sebelum ini rugi memanjang tiap-tiap tahun semasa dia penasihat Proton dan Pengerusi Eksekutif Proton. Walaupun DRB Hicom (bukan kerajaan) telah jual 49% saham kepada Geely tapi Proton kembali untung dan kuat sekarang.
9. Yang lain-lain seperti sambungan LRT1 dan LRT2, LRT3, MRT, ECRL, Pan Borneo Highway tanpa tol, lebuhraya Central Spine Road ke Kelantan tanpa tol, MCKIP, TRX dan lain-lain dalam masa 9 tahun sahaja itu tak perlu sebut.
10. Program-program seperti UTC, Klinik 1Malaysia, BR1M dan lain-lain yang berjaya menurunkan jurang pendapatan mengikut pekali GINI ke paling rendah dalam sejarah yang kemudian dinaikkan PH.
Malah mahkamah juga telah mengesahkan bahawa dana sebanyak RM642 juta yang saya terima dari Kementerian Kewangan Arab Saudi pun saya semuanya beri untuk kegunaan kebajikan dan program CSR bagi Rakyat. Bukan digunakan untuk peribadi saya pun.
Sebab itu Mahathir masih penuh dengki dengan saya. Sebab saya langsung tak ada sebarang jasa atau pencapaian.
Nak pertikaikan apa yang saya tulis di atas ini, dipersilakan Mahathir.
Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik
Baca Artikel Menarik :
- Jawapan kepada tuduhan PAS kepada UMNO
- Pelajar perempuan cedera selepas terjun bangunan sekolah
- Arab Saudi bina kompleks industri terapung terbesar dunia [VIDEO]
- PRN Melaka: BN dijangka menang, vote swing kepada mereka – Ilham Centre
- PRN Melaka: Mas Ermieyati tidak yakin PN menang
- Pilihan pelaburan untuk nikmati pendapatan RM7,000 sebulan
- Roti canai terbang landing atas kepala pelanggan (video)
- PRN Melaka: Sah wujud dua kem dalam Bersatu
- ‘Minta Netizen Jangan Sibuk’, Nampak Macam Baby Shima Bercium Di Kelab Malam [VIDEO]
- Roti Canai Kayu Arang Viral
- Khasiat bunga telang, bukan sembarangan bunga
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin