PM akan semak semula pengurusan pusat beli-belah GLC untuk bela peniaga bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan berhasrat menyemak semula pengurusan pusat beli-belah yang dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya diuruskan oleh syarikat tempatan dalam memastikan peniaga khususnya bumiputera dapat menjalankan perniagaan mereka di situ.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana peniaga bumiputera dilihat masih kurang berkemampuan mendapatkan ruang perniagaan di premis berkenaan walaupun ada di antara pusat beli-belah dimiliki GLC disebabkan kadar sewa terlalu tinggi selain faktor persaingan.

“Kerajaan juga mengambil maklum bahawa pemilikan premis perniagaan di pusat beli-belah berprestij dan lokasi tumpuan pelancongan oleh golongan bumiputera masih rendah,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.



Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) menerusi sidang video pada Rabu yang dipengerusikan olehnya bagi membincangkan usaha memperkasa dan memperkukuh pembangunan ekonomi dan sosioekonomi bumiputera.

Mesyuarat itu, katanya, turut mencadangkan agar kuota jumlah premis perniagaan milik bumiputera di lokasi strategik diwujudkan selaras dengan usaha meningkatkan daya saing dan mengukuhkan ekonomi bumiputera.

“Namun kuota ini akan diuruskan dengan cara telus dan adil agar matlamat utama untuk membantu perniagaan bumiputera yang layak dan berpotensi tercapai, tanpa disalah guna sehingga tersasar daripada objektif sebenar, sejajar dengan aspirasi Keluarga Malaysia,” katanya. – Bernama

PM akan semak semula pengurusan pusat beli-belah GLC untuk bela peniaga bumiputera




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin hanya ulang cerita basi – Tok Mat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker