PRN Melaka: Syukur rakan jemaah PAS ikhlas sokong calon BN

AYER KEROH: Datuk Seri Sulaiman Md. Ali bersyukur berikutan pendirian akar umbi Pas yang mahu menyokongnya sebagai calon BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurutnya, hal itu mungkin kerana sikap beliau yang mudah berkawan dan membantu setiap rakyat tanpa mengenal warna politik walaupun berbeza politik sepanjang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu.

“Kalau ada ahli-ahli Pas sokong saya, saya ucapkan terima kasih, Alhamdulillah, sebab ada rakan-rakan jemaah menyatakan hasrat menyokong saya.

“Sebab rata-rata ahli Pas Lendu merupakan rakan saya. Sejak saya menjadi wakil rakyat dan bukan sahaja ketika sebagai Ketua Menteri, saya membantu mereka semua tanpa mengira parti.

“Menjadi hak seseorang itu untuk dibantu, maka perlu saya bantu sebab ini soal kemanusiaan. Mungkin kerana itu saya mudah berkawan bukan kerana pilihan raya semata-mata sahaja,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

PN habis modal, kempen hanya mampu jual ‘Muka Muhyiddin’

Semalam, Timbalan Ketua Cawangan Pas Pekan Masjid Tanah, Mokhtar Razak Badri menyeru ahli dan penyokong Pas di Melaka diseru menzahirkan undi berdasarkan maqasid syariah iaitu menilai kewibawaan calon dan bukannya kerana logo parti.

Mokhtar Razak yang juga Setiausaha Jentera Pilihan Raya Pas DUN Lendu menambah, mengapa pemimpin seperti Sulaiman sebagai calon Ketua Menteri BN yang disifatkan sebagai berwibawa perlu ditolak, hanya kerana ingin memenangkan calon PN, Abdullah Mahadi di kerusi tersebut.

Tegasnya lagi, beliau turut mempersoal di manakah pimpinan Pas negeri ketika akar umbi terhimpit kesempitan hidup semasa pandemik Covid-19, tatkala kerajaan negeri yang dipimpin Sulaiman membantu meringankan beban ditanggung ahli

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Imej salib hilang: Adakah DAP cuba tipu Melayu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker