Imej salib hilang: Adakah DAP cuba tipu Melayu?

Imej salib hilang: Adakah DAP cuba tipu Melayu?

Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon mendakwa DAP telah memadamkan lambang salib dari gambar Gereja Christ Melaka untuk menjaga hati pengundi Melayu Islam.

Bagaimanapun, organ DAP The Rocket versi bahasa Cina yang menerbitkan imej itu di Facebook berkata, ia adalah satu kesilapan kerana ia membeli gambar itu daripada iStock, perkhidmatan bank imej oleh Getty Images yang berpangkalan di AS.



Chong, dalam catatan Facebook berasingan, menuduh DAP sebagai “eunuchs” (sida yang menjadi gundik maharaja).

“Untuk meraih undi, DAP dan Pakatan Harapan boleh buang salib dari mercu tanda terkenal di Melaka.

“Ini mencerminkan mentalitinya yang tak percaya diri. Mereka takut salib akan menjejaskan sokongan di kalangan orang Melayu Islam.

“DAP dengan berani bercakap tentang demokrasi dan kebebasan tetapi pada terasnya, ia adalah seorang eunuchs,” kata Chong.



The Rocket mengemas kini imej itu untuk mencerminkan mercu tanda ikonik di bandar Melaka dan lambang salib dengan perkataan “Christ Church Melaka 1753”.

“Imej Gereja Christ baru-baru ini dibeli daripada iStock oleh rakan sekerja yang bertanggungjawab ke atas grafik yang tidak menyedari bahawa nama dan salib Gereja dalam imej berbayar yang asal hilang.

“Ini adalah kesilapan yang tulen, harap maafkan kami,” kata The Rocket dalam catatan Facebook.

Imej itu digunakan sebagai latar belakang poster untuk merayu pengundi pulang untuk mengundi pada pilihan raya Melaka pada 21 Nov ini.



Poster itu, dalam bahasa Cina, berbunyi: “Pulang ke rumah sehari untuk keputusan yang bertahan lima tahun”.

Imej salib hilang: Adakah DAP cuba tipu Melayu?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?



Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker