Rakyat Melaka akan pilih yang ‘ori’, bukan ‘katak’

Rakyat Melaka akan pilih yang ‘ori’, bukan ‘katak’

Seorang pemimpin Umno yakin rakyat Melaka akan memilih gabungan parti yang ‘ori’ (tulen) dalam pilihan raya negeri (PRN) itu esok berbanding “katak”.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi berkata demikian sebagai membidas tindakan Perikatan Nasional (PN) yang didakwa suka meniru Barisan Nasional (BN) dalam banyak aspek bagi tujuan mengelirukan rakyat.



“Akhirnya PN tiru BN juga umum calon ketua menteri. Apa pun, rakyat Melaka akan pilih yang ‘ori’ iaitu BN. Bukan pilih katak.

“Tetapi orang buta pun dapat bezakan. Dia tahu madu di tangan kanan dan racun di tangan kiri. Dia tetap pilih BN (madu) di tangan kanan,” katanya di Facebook.

Semalam, PN menamakan Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon tunggal Ketua Menteri Melaka jika gabungan itu menang dalam PRN esok.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN Muhyiddin Yassin, hanya dua hari sebelum hari mengundi esok berbanding BN dan Pakatan Harapan (PH) yang sudah menamakan calon ketua menteri masing-masing lebih awal.



BN sebelum ini mengumumkan Sulaiman Md Ali sebagai calon Ketua Menteri Melaka sementara PH menamakan Adly Zahari sebagai calon tunggal jika gabungan itu memenangi PRN.

Dalam pada itu, Puad juga membidas PN yang disifatkan sebagai gabungan parti yang tiruan dan tidak mempunyai original.

Beliau berkata, PN banyak meniru BN dari segi warna bendera dan logo bagi mengelirukan rakyat.

“Umno warna merah, Bersatu tiru warna merah. Umno ada logo Bersatu, Bersatu juga guna nama Bersatu.



“BN warna biru, PN pun warna biru juga (biru pudar). BN ada perkataan nasional, PN pun guna nama nasional juga,” katanya. FMT

Rakyat Melaka akan pilih yang ‘ori’, bukan ‘katak’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?



Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker