Warga emas jadi ‘rider’ demi cari rezeki [VIDEO]

PETALING JAYA – ‘Sedih bila dia cakap dia buat Grab untuk sara hidup, sebelum ini kerja bawa lori’.

Itulah perkongsian seorang lelaki yang terjumpa seorang warga emas yang masih bekerja sebagai penghantar makanan untuk meneruskan kehidupan semasa melakukan penghantaran makanan.

Berdasarkan sebuah video berdurasi 20 saat yang dikongsi oleh @Danielashraf1370 TikTok, dapat dilihat warga emas berkenaan tetap kuat berjalan walaupun keadaan fizikalnya yang sedikit bongkok.

Ketika kejadian, dia ada menanyakan beberapa soalan kepada warga emas berusia 68 tahun tersebut dan beliau berasa terkejut dengan angka umur lelaki tersebut yang masih mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup.

“Atuk ini saya jumpa masa tengah buat khidmat hantar makanan, dia pun buat masa umur dah 68 tahun, baru dua bulan jadi penghantar makanan. Rasa sedih bila dia cakap dia buat ini untuk sara kehidupan.

“Sebelum ini dia bekerja sebagai pemandu lori, saya doakan semoga atuk sentiasa dilindungi Allah S.W.T dan semoga atuk dimurahkan rezeki, hati ini tengok atuk teringat akan arwah atuk saya,” katanya di dalam video tersebut.

@danielashraf1370kisah sedih hari ni, aku buat grab food terjumpa dgn seorang atuk yang berumur 68 tahun tapi masih kuat buat grab🥲 ##fyp ##fypシ ##fypdongggggggg ##sedih♬ original sound – BrassicaOlerasia91

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata pengguna media sosial berasa simpati dengan warga emas tersebut yang masih mencari rezeki demi meneruskan kehidupan dan orang ramai juga ingin memberi pertolongan.

“Macam mana nak cari atuk ini? sungguh tak tenteram hati ini bila mampu tengok sahaja tapi tak dapat nak tolong,” kata @Niesahana.

“Apa lagi alasan untuk orang muda yang malas dan hanya mengharapkan bantuan orang lain?, saya menangis tengok atuk ini, semoga dia sentiasa dilindungi dari sebarang bahaya,” ujar @Nanasoffyakhalieq11.

“Kalau dapat nombor akaun atuk ini setiap seorang derma RM 1 pun boleh jadi banyak, derma lebih biarlah rahsia, lepas itu minta atuk itu berehat,” jelas @Wakjengkek.

Perkongsian tersebut mendapat lebih 408,300 tontonan dan mendapat lebih 50,800 tanda suka di akaun TikTok

Warga emas jadi ‘rider’ demi cari rezeki


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Harga rawatan tradisional macam harga Axia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker