SPR hanya terima 511 daripada 3000 jumlah undi pos

MELAKA – Esok adalah hari penentuan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Namun sehingga saat akhir ini, difahamkan tidak ada mana-mana parti yang dapat menjangka sokongan dan undian yang boleh diterjemahkan pada hari pembuangan undi.

Jentera parti yang bergerak secara underground menerusi sistem culaan juga dikatakan masih buntu dan agak tertekan dalam usaha memujuk pengundi negeri Melaka keluar mengundi.

Ini, khususnya membabitkan kira-kira 6,000 pengundi luar yang didakwa menolak untuk pulang bagi menjalankan tanggungjawab masing-masing.



“Terdapat lebih kurang 6,000 pengundi luar yang perlu balik untuk mengundi. Tapi apabila panggilan telefon dibuat kepada mereka, kebanyakannya menyatakan tidak berminat untuk balik mengundi.

“Rata-rata adalah pengundi muda yang juga dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Mereka sudah mula masuk kampus dan jika mahu pulang memerlukan kos perjalanan. Jadi mereka tidak berminat.

“Mereka juga enggan sebab fikir perlu balik lagi untuk Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Sedangkan PRN ini juga penting untuk pilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi satu penggal,” kata satu sumber kepada Sinar Harian.

Sumber juga memberitahu, ada dalam kalangan pengundi luar yang bertanyakan tentang imbuhan sekiranya mereka balik khususnya melibatkan ‘duit minyak’.



“Tapi parti tidak ada sediakan apa-apa. Kita tak boleh buat apa-apa melainkan terus membuat panggilan untuk memujuk dan mengharapkan kesedaranpengundi,” katanya.

Ditanya mengenai potensi pengundi luar negara, sumber mendedahkan terdapat kira- kira 3,000 pengundi Melaka berada di Singapura.

Namun, Sinar Harian mendapati Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hanya mengeluarkan sebanyak 511 kertas undi pos bagi kategori Borang 1B iaitu warganegara Malaysia yang berada di luar negara.

SPR terlebih dahulu sudah membuka permohonan undi pos bagi luar negara pada 20 Oktober lalu dengan tarikh tutup bagi kategori 1B (Pengundi Luar Negara) adalah pada 1 November lalu.



Sumber berkata, keadaan itu juga memberi cabaran besar kepada jentera parti setelah prosedur operasi standard (SOP) berkempen menyukarkan mereka mengenal pasti maklum balas pengundi.

“Pengundi luar tidak pulang membimbangkan. Lebih risau jika peratusan yang keluar mengundi lebih rendah daripada jangkaan. Sukar untuk memujuk mereka melalui panggilan telefon lebih-lebih lagi SOP kempen tidak boleh gunakan pendekatan bersemuka,” katanya.

Ujarnya, pengundi ada memberi reaksi positif setiap kali calon-calon turun ke kawasan namun ia tidak memberi gambaran jelas berhubung reaksi pengundi dalam skala yang lebih besar.

“Maklum balas di media sosial ada yang negatif, tapi apabila disemak, mereka sebenarnya bukan pengundi di Melaka. Jadi tidak memberi sebarang kesan,” katanya.



SPR menyasarkan kira-kira 70 peratus daripada 495,196 pengundi yang layak, akan keluar mengundi esok.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Melaka akan pilih yang ‘ori’, bukan ‘katak’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker