Rita dakwa ada sekolah letak guru tolak vaksin dalam tandas

Sebaran :

Rita dakwa ada sekolah letak guru tolak vaksin dalam tandas

Pelakon popular, Rita Rudaini kembali mencuri perhatian apabila mendakwa ada sekolah yang telah menempatkan guru yang tolak mengambil vaksin Covid-19 di dalam tandas sekolah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Insta Story, ibu tunggal itu beranggapan perbuatan tersebut seperti berhati binatang.
“Binatang lagi mulia daripada manusia sekarang. Cikgu yang Tolak vaxx (vaksin) diletak dalam tandas… bukan saja Covid is real ya… tapi hati binatang is real!

“GB (guru besar) sekolah ni dia rasa kat Padang Mahsyar nanti tempat dia dalam aircond ke sebab patuh dan sokong arahan atasan?” luahnya.



Pada masa sama, Rita juga memberitahu akan mendedahkan nama sekolah yang telah bertindak sedemikian.

“Tunggu nanti sister kongsi kan nama sekolah ini ye,” ujarnya.

Sebelum ini, Rita merupakan antara sebilangan selebriti yang dilihat menolak pengambilan vaksin Covid-19 sehingga dilabel sebagai anti vaksin. MG

Rita dakwa ada sekolah letak guru tolak vaksin dalam tandas




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?

Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin


Sebaran :

Leave a Reply