#PRNMelaka : N01 Kuala Linggi – Tekad Teruskan Legasi

Sebaran :

Oleh Wahida

Walaupun Rosli Abdullah atau lebih mesra dipanggil Cikgu Rosli adalah di antara muka-muka baru yang diketengahkan BN, beliau berpandangan segala perancangan dan pelaksanaan yang telah dilakukan mantan wakil rakyat Datuk Ismail Othman yang telah memberi manfaat kepada warga Kuala Linggi akan dapat diteruskan tanpa sebarang ganggu-gugat.

Kuala Linggi mempunyai tarikan tersendiri sebagai destinasi pelancongan terkenal dan mampu memberikan impak ekonomi kepada penduduk setempat. Maka, kesinambungan perancangan untuk Kuala Linggi janganlah digagalkan oleh mereka-mereka yang tidak berpengalaman dan sekadar pandai memberi janji-janji kosong.

Sejak merdeka, Kuala Linggi tidak pernah diwakili parti lawan lain melainkan BN-UMNO.



22 bulan telah dihancurkan Pakatan Harapan untuk melihat Kuala Linggi terus maju apabila gagal kekal mentadbir kerajaan negeri. Ketika itu, penduduk Kuala Linggi dipinggirkan hanya semata-mata kawasan ini diwakili Barisan Nasional.

Oleh itu, amat mustahak untuk pengundi Kuala Linggi menyumbangkan kemenangan kepada Barisan Nasional agar dapat membentuk kerajaan negeri dan DUN Kuala Linggi dikekalkan bersama-sama BN-UMNO.

Demi kemakmuran rakyat Kuala Linggi khasnya dan rakyat Melaka amnya, hanya Barisan Nasional mampu mewujudkan kestabilan politik di Melaka agar nasib dan masa depan rakyat terus dibela.

Janganlah disia-siakan peluang keemasan pada 20 November nanti untuk memastikan BN menang dan warga Kuala Linggi terus hidup senang.




Sebaran :

Leave a Reply