Pas Keluarga Malaysia Prasarana galak guna pengangkutan awam – Ismail

Pas Keluarga Malaysia Prasarana galak guna pengangkutan awam – Ismail

Pengenalan Pas Keluarga Malaysia oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) diharap dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk beriadah dan mengunjungi lokasi tarikan di Lembah Klang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pas itu membolehkan seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada Sabtu, Ahad dan cuti umum dengan harga cuma RM15.



Beliau berkata, perjalanan membabitkan pengangkutan awam termasuk LRT (Transit Aliran Ringan), MRT (Transit Aliran Massa) dan monorel kendalian Rapid KL dan BRT (Transit Aliran Bas).

“Ini bermakna setiap seorang dalam kumpulan ini hanya membayar RM3.75 untuk menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan BRT di bawah kendalian Rapid KL sepanjang hari.

“Inisiatif ini bertujuan menggalakkan keluarga Malaysia beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang sambil mengunjungi pusat-pusat beli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya ketika melancarkan pas perjalanan tersebut di sini hari ini. BH

Pas Keluarga Malaysia Prasarana galak guna pengangkutan awam – Ismail




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen



PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker