PAS sentiasa mengkaji ‘kerjasama’ sebelum dan selepas kekalahan PN

PAS menerima kekalahan pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka sebagai satu proses demokrasi.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata rakyat Melaka sudah membuat keputusan dan sebagaimana maklum BN menang dan sudah membentuk kerajaan.

“Yang penting dalam pilihan raya umum (PRU) atau PRN adalah untuk mencari kestabilan dalam pemerintahan negara dan serta negeri.



“Bagi saya, kita terima keputusan PRN dan ia satu proses demokrasi. Kita berharap kerajaan yang diberi mandat bertindak dengan adil dalam melayani rakyat Melaka.

“Pilihan raya adalah proses memilih dan apabila mereka dipilih oleh rakyat, tanggungjawab kerajaan menjaga seluruh rakyat negeri itu,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, hari ini.

Anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan PRN Melaka yang menyaksikan PAS tewas di semua kerusi bersama PN, manakala berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 21 daripada 28 dewan undangan negeri (DUN).

Sementara itu ditanya kemungkinan PAS akan mengkali semula kerjasama dengan PN susulan keputusan tersebut, Takiyuddin tidak memberikan jawapan jelas.



“Kita sentiasa mengkaji, pokoknya PAS mementingkan penyatuan ummah.

“Baru-baru ini pun kita berusaha supaya PRN Melaka tidak berlaku perpecahan.

“Tetapi apabila tiada pilihan itulah yang berlaku dan usaha dilakukan sehingga peringkat terakhir, kita terima keputusan dibuat rakyat,” kata Takiyuddin.

PAS sentiasa mengkaji ‘kerjasama’ sebelum dan selepas kekalahan PN




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adun DAP mahu Anwar berundur sebagai ketua pembangkang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker