Nik Abduh ucap tahniah kepada BN, minta PAS muhasabah

Sebaran :

Nik Abduh ucap tahniah kepada BN, minta PAS muhasabah

MELAKA: Percaturan PAS bersama BERSATU menerusi Perikatan Nasional (PN) bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini, menyerlahkan kegagalan strategi berkenaan.

Apatah lagi parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu tewas di kesemua lapan kerusi yang dicalonkan atas nama PN.

Susulan kekalahan PAS bersama PN, satu hantaran yang dimuatnaik oleh Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz di laman Facebooknya menarik perhatian ramai pengguna.



Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu seolah-olah mahu parti tersebut kembali bermuhasabah diri dan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku pada PRN Melaka.

“Tahniah Melaka. Dari Pulau Melaka

Tahniah BN. Dari rakan MN.

Takziah PAS. Daripada PAS.



“BN, benar-benarlah bersyukur.

Bertambahlah lagi.

PAS, benar-benarlah bermunasabah. Bertambahlah istiqamah,” demikian memetik hantaran berkenaan.

Untuk rekod, PAS bekerjasama dengan BERSATU menerusi PN, meninggalkan UMNO yang juga merupakan sahabat gabungannya di dalam Muafakat Nasional (MN).



UMNO sebelum ini menghulurkan kerjasama kepada PAS untuk mendepani PRN Melaka, dengan mengenakan syarat parti itu tidak boleh menggunakan lambang PN, sebaliknya mesti menggunakan logo PAS.

Kerjasama itu menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan adalah sebagai asas kepada prinsip PAS menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk MN dalam mesyuarat pada 19 Oktober dan 18 November 2020.

Nik Abduh ucap tahniah kepada BN, minta PAS muhasabah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir


Sebaran :

Leave a Reply