Latif Romly jadi model

Sebaran :

Latif Romly jadi model

Populariti melonjak selepas beraksi di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, jaguh lompat jauh para, Abdul Latif Romly yang tinggi lampai dan berwajah tampan, ketawa apabila dirinya dikatakan persis aktor, Remy Ishak.

Muncul buat kali pertama di pentas peragaan apabila diundang menjayakan pertunjukan fesyen jenama Neonate Clothing di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2021 di sini, baru-baru ini, Abdul Latif, 24, berkata, dia hanya mahu fokus kepada bidang sukan.

“Muka macam Remy? Tidaklah… Saya orang biasa sahaja. Saya tiada apa-apa,” katanya ketika ditemui pada pertunjukan fesyen itu baru-baru ini.



Abdul Latif berkata, dia mahu terus memberi tumpuan kepada bidang sukan dan dikenali kerana kemampuannya beraksi dalam sukan lompat jauh.

“Bagi saya, biarlah orang kenal saya atas sebab sukan. Kalau boleh, saya hendak semua rakyat Malaysia tahu apakah itu sukan paralimpik,” katanya.

Sebelum ini, netizen menganggap atlet penyumbang pingat emas negara pada temasya terbesar dunia itu persis Remy.

Ditanya apakah dia mahu terjun ke bidang komersial seperti peragaan dan lakonan, Latif mengaku tidak pandai beraksi depan kamera.



“Kalau hendak saya jadi model, saya okay. Kalau suruh berlakon, saya tak pandai,” katanya.

Berkongsi pengalaman menjadi model pada KLFW 2021, Latif mengaku gugup sebelum pertunjukan fesyen bermula.

Bagaimanapun, segala-galanya berubah apabila dia berada di pentas.

“Alhamdulillah, saya berjaya habiskan acara berkenaan,” katanya.



Dalam perkembangan lain, Abdul Latif berkata, dia kembali sibuk dengan latihan persediaan untuk Asia Para Games dan World Para Athletics Championship, tahun depan.

“Saya sudah mula sibuk kerana mahu raih tempat di kedua-dua kejohanan terbabit,” katanya.

Abdul Latif yang mengikat tali pertunangan dengan teman sekolah dikenali sebagai Nurul Nabila Farhana Musaidi pada 23 Oktober lalu, merancang berkahwin pada Disember tahun depan. BH

Latif Romly jadi model


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir


Sebaran :

Leave a Reply