PAS harus kembali kepada Umno – ahli akademik

PAS kini mungkin tiada pilihan dan terpaksa kembali kepada Muafakat Nasional (MN) bersama Umno susulan prestasinya yang mengecewakan dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka hari ini, kata ahli akademik.

Azmi Hassan juga berkata, parti itu perlu memikirkan semula kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) selepas bertanding di bawah tiket gabungan itu, terutama memandangkan ia langsung tidak memenangi satu pun daripada lapan kerusi dipertandingkan.

“PAS tiada pilihan memandangkan prestasi PN begitu teruk,” katanya kepada FMT.



PAS memutuskan untuk bertanding di bawah lambang PN yang membawa kepada segelintir pihak meramalkan berakhirnya MN – kerjasama antara parti itu dengan Umno sejak 2019.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menegaskan MN masih wujud, manakala Ketua Penerangan PAS Kamaruzaman Mohamad awal bulan ini berkata, keputusan parti itu bertanding di bawah PN tidak bererti ia memutuskan hubungan dengan Umno.

Dalam perkembangan lain, Azmi tidak menolak kemungkinan kekalahan Pakatan Harapan adalah disebabkan keputusan PKR dan Amanah menerima dua daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah memainkan peranan meruntuhkan kerajaan negeri sebelum ini.

“Kemungkinan ada undi protes kerana kita tahu bahawa ada pengundi dan pemimpin DAP tidak senang apabila PKR dan Amanah menerima bekas ahli ADUN daripada Umno ini. Perkara yang paling merobek dlm PH adalah penerimaan dua ADUN Umno ini.”



PKR telah menerima bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron, manakala Nor Azman Hasan diterima menyertai Amanah. Kedua-duanya masing-masing kalah di Asahan dan Pantai Kundor. FMT

PAS harus kembali kepada Umno – ahli akademik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700



Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker