PH kalah kerana pengkhianatan Muhyiddin – Mat Sabu

PH kalah kerana pengkhianatan Muhyiddin – Mat Sabu

Keluarnya Bersatu daripada PH menyebabkan gabungan itu kalah dalam PRN Melaka, menurut Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Mohamad berkata, PH akan mengadakan kajian untuk mengenal pasti sebab kekalahan mereka tetapi antara puncanya adalah kehilangan undi yang diperolehi Bersatu ketika PRU 2018.



Dia berkata PN yang merangkumi Bersatu, PAS dan Gerakan mendapat 77,731 dalam PRN dua hari lalu.

Dia menganggarkan sebanyak 33,161 undi pergi kepada Bersatu, setelah menolak 44,570 undi yang dianggarkan diperolehi PAS, berdasarkan keputusan PRU lalu.

ADS

“Jika (undi diperolehi Bersatu) dicampur dengan undi popular yang diterima oleh PH iaitu sebanyak 114,457, ianya akan berjumlah 147,457 berbanding BN yang hanya memperolehi 122,741 undi.



“Oleh itu jelas bahawa kekalahan PH bukan disebabkan oleh BN yang hanya kekal dengan jumlah undi mereka, tetapi larinya undi akibat pengkhianatan (presiden Bersatu) Muhyiddin Yassin dan kumpulannya.

“Apa-apa pun keputusan telah dibuat oleh rakyat, satu muhasabah perlu dilakukan untuk kebaikan di masa hadapan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Perlu disebut bahawa jika Bersatu kekal di dalam PH, kemungkinan PAS akan bekerjasama dengan Umno dan BN.

Berdasarkan aturan ini, gabungan PAS-BN dianggarkan akan mendapat 167,311 undi – jumlah yang tetap lebih tinggi berbanding 147,457 undi yang dianggarkan diperolehi PH dan Bersatu.



BN yang dianggotai Umno, MCA dan MIC menang besar dalam PRN Melaka Sabtu lalu.

Gabungan itu meraih 21 daripada 28 kerusi dengan Umno menang 18 kerusi, MCA dua kerusi dan MIC satu kerusi. Ia menjadikan gabungan itu memiliki majoriti dua pertiga di DUN Melaka.

PH pula yang berjaya mendapat majoriti pada PRU lalu hanya berjaya mengekalkan lima daripada 15 kerusi yang dimenanginya pada 2018.

DAP hanya mengekalkan kemenangan di empat daripada lapan kerusi, Amanah menang satu daripada dua kerusinya manakala PKR kalah di kesemua tiga kerusi yang dimenanginya pada PRU lalu.



Gabungan itu juga gagal merampas semula dua kerusi yang dimenangi Bersatu ketika masih bersama mereka pada 2018. Kedua-dua kerusi itu dimenangi BN. Mk

PH kalah kerana pengkhianatan Muhyiddin – Mat Sabu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700



Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker